CCTV rakam kelibat lelaki menceroboh


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ditahan polis selepas didapati menyelinap keluar dari asrama, beberapa jam sebelum kebakaran yang menyebabkan 24 penghuninya maut, lapor Harian Metro

Remaja yang berjaket hitam itu dilihat dibawa ke lokasi kejadian dalam keadaan tidak bergari dan diiringi dua pengawal polis untuk proses mengumpul bukti. 

Sementara itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan kelibat seorang lelaki yang memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelah dengan pusat tahfiz berkenaan. 


Kelibat lelaki itu dirakam yang berpakaian t-shirt berwarna biru itu dirakam sekitar jam 3.10 pagi yang masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui perkarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan. 


Dalam sidang media berasingan, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz itu. 

"Kita sudah menyerahkan semua (30) rakaman CCTV berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut. Malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi," katanya. 

Katanya lagi, kedudukan CCTV di sekitar pejabat PPIM yang bersebelahan dengan pusat tahfiz itu boleh merekod situasi yang berlaku sebelum dan sewaktu kejadian. 

"CCTV ini menampakkan hampir semua sudut pusat tahfiz termasuk Taman Tasik Datuk Keramat yang terletak di belakang bangunan ini. 

"Semakan mendapati bermula jam 7 malam hingga 12 tengah hari, terdapat belasan individu yang berlegar di sekitar taman dan polis sedang menyiasat keberadaan mereka yang boleh dikaitkan dengan kejadian kebakaran ini," katanya. 


Di media sosial, banyak pihak yang mendakwa kejadian itu mungkin ada kaitan dengan kegiatan PPIM sebelum ini, dan Datuk Nadzim Johan tidak menolak kemungkinan kejadian itu berunsur khianat atau dendam, 

"Saya tidak menolak sebarang kemungkinan termasuk unsur khianat dan dendam. Tetapi biar polis siasat dari semua aspek. Kita menunggu petunjuk tetapi perasaan dendam itu ada kemungkinan dan ia perkara baru untuk PPIM," katanya. 
CCTV rakam kelibat lelaki menceroboh CCTV rakam kelibat lelaki menceroboh Reviewed by Editor on 9:07 PM Rating: 5