Ibu terkejut menemui anak perempuannya 9 tahun terbaring ditindih budak lelaki, dipercayai dirogol


LIMBANG, SARAWAK - Dua kanak-kanak lelaki ditahan polis kerana dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan di sebuah stor di ladang pertanian di Kampung Palas, hari ini, lapor Harian Metro. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 10 dan 11 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan dari ibu mangsa. 

Ibu mangsa, 32, mendakwa anak perempuannya yang berusia 9 tahun ditemui dalam keadaan mencurigakan bersama suspek pada jam 7.10 malam semalam. 

"Sebelum itu, wanita berkenaan melihat anak perempuannya bermain di kawasan berhampiran stor baja bersama kanak-kanak lelaki yang juga nak pekerja ladang berkenaan. 

"Namun tidak lama selepas itu, mangsa tiada di kawasan berkenaan lalu wanita itu mencari dan menemui anak perempuannya itu terbaring tanpa memakai baju di dalam sebuah stor sambil ditindih seorang budak lelaki," katanya. 

Terkejut dengan keadaan itu, ibu mangsa bergegas menarik anaknya keluar sebelum ternampak kesan darah pada alat sulit mangsa. Ibu mangsa yang mengesyaki anaknya dirogol itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Limbang, hari ini. 

"Susulan daripada laporan itu, sepasukan polis menahan dua suspek yang juga jiran kepada mangsa di rumah di ladang berkenaan pada jam 5.30 petang hari ini. 

"Suspek yang tidak bersekolah itu dibawa ke balai untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan selepas keterangan mereka diambil," katanya. 

Mangsa juga dibawa ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut dan polis masih menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan mangsa untuk melengkapkan siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 
Ibu terkejut menemui anak perempuannya 9 tahun terbaring ditindih budak lelaki, dipercayai dirogol Ibu terkejut menemui anak perempuannya 9 tahun terbaring ditindih budak lelaki, dipercayai dirogol Reviewed by Editor on 10:38 PM Rating: 5