Lebih 20 pelajar tahfiz maut dalam kebakaran


KUALA LUMPUR - Lebih 20 pelajar Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, di Kampung Datuk Keramat, maut dalam kebakaran awal pagi tadi, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 5.45 pagi, lebih 20 pelajar terkorban, tiga kritikal dan dua separa kritikal, selepas terperangkap dalam kebakaran itu. 

Lapor Berita Harian, kejadian itu turut meragut nyawa tenaga pengajar dan semua mayat mangsa masih di lokasi kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula pada jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan tersebut.

Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera, manakala tiga kritil, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 










Lebih 20 pelajar tahfiz maut dalam kebakaran Lebih 20 pelajar tahfiz maut dalam kebakaran Reviewed by Editor on 8:57 AM Rating: 5