'Lelaki-lelaki itu yang paksa saya' - Dijangkiti HIV gara-gara terjebak dalam seks bebas WeChat


"Hi Encik A, Cik B. Silakan masuk."

"Terima kasih, doktor" jawab mereka berdua dalam masa yang sama.

Masuklah seorang lelaki berumur 20-an yang tall, dark, handsome dan berbadan sado bersama dengan tunangnya yang slim dan berpakaian cantik.

"Cik B, kalau boleh izinkan saya berbincang dengan Encik A terlebih dahulu."

Cik B pun berlenggang kangkung jalan acah-acah top model keluar dari bilik. 

"Encik A, anda tahu mengapa anda dipanggil untuk berjumpa dengan doktor?"

"Tidak, doktor. Kenapa ye?" soalnya kembali.

"Seperti yang encik tahu, Encik baru sahaja menjalani pemeriksaan saringan pra perkahwinan bersama tunang. Dikepilkan sini adalah keputusan pemeriksaan encik. Sebelum encik membaca surat tersebut, sila minum air ni terlebih dahulu," sambil menghulurkan segelas air masak.

"Tak apalah doktor, saya tak nak minum," beliau menolak dan terus membaca surat tersebut.

Mata beliau mula mengalir bila beliau terbaca 'HIV Rapid Test Positif' dan beliau terdiam seketika.

"Kami akan menghantar sampel darah ke JB untuk ujian confirmation awak, tapi sebelum itu saya ingin bertanya beberapa soalan. Adakah encik tahu sebelum ini yang encik menghidapi penyakit tersebut?" saya bertanya dengan suara yang serius (tiba-tiba jadi macam inspektor polis dalam drama tamil pula)

"Tidak doktor," jawabnya dengan suara yang lembut.

"Minta maaf kerana bertanya soalan yang sensitif encik, tetapi adakah encik pernah menjalinkan hubungan dengan orang lain atau mendapatkan perkhidmatan sex worker?" saya bertanya dengan penuh keyakinan sebab saya tahu dia tidak mendapat penyakit itu dari tunang dia.

"Sebenarnya doktor..." air matanya mula mengalir deras memenuhi pipi. Saya pasti itu adalah air mata penyesalan.

"Sebenarnya doktor, beberapa tahun lepas semasa SPM, I ada join group ini kat WeChat. Yelah, masa itu baru dapat telefon bimbit. Mula-mulanya kongsi gambar-gambar intim dalam group itu. Selepas itu jumpa, buat projek. Sekali saja," katanya.

"Adakah encik kenal perempuan tersebut?"

"Bukan perempuan, doktor."

"Okay saya faham,  adakah encik memakai perlindungan pada masa itu?"

"Tidak, doktor."

"Itulah kesilapan encik," kata saya.

"Tetapi Lelaki-Lelaki itu yang memaksa saya untuk tidak memakai kondom, baru dapat feel."

"Lelaki-lelaki? Tadi cakap sekali?" tanya saya membuatkan dia terdiam seketika. Rupa-rupanya dia melakukan seks bebas tanpa perlindungan. 

"Macam mana you kenal mereka? soal saya lagi kerana saya perlu memastikan kontak-kontak dia disaring dan diberi rawatan segera. 

"Kawan yang beri ID untuk add. Saya tidak kenal pun mereka secara peribadi. Macam 'once meet and that's it'. Nak dapat ID pun bukannya susah. Berlambak di internet," katanya.  

Sekali lagi kesan-kesan negatif dari internet. Apa yang beliau katakan adalah betul, senang saja nak mencari group-group seperti itu di internet. "Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga." Sekali sudah cukup. 


Jika anda tidak dapat mengawal nafsu dan membuat hubungan seks rambang tanpa perlindungan, anda boleh mengalami nasib yang sama seperti Encik A. HIV boleh merebak antara sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan. Jadi, jangan sesekali melakukan seks rambang tanpa perlindungan. Elakkan perbuatan zina kerana ia merupakan dosa yang besar.

Betul juga apa orang tua kita buat, mereka kahwinkan anak-anak muda mereka segera bagi mengelakkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Jangan nak mementingkan wang hantaran sangat, yang paling penting dapat pasangan yang baik untuk anak-anak kita.

"When Nikah becomes expensive, zina becomes cheap. So keep weddings simple and affordable so you can protect your child.

Fikir-fikirkanlah. Cerita ini adalah berdasarkan KISAH BENAR yang saya pernah jumpa, bukannya fiksyen dan ini bukannya kes pertama saya jumpa dapat HIV melalui kenalan di dalam group sex chat. 

'Lelaki-lelaki itu yang paksa saya' - Dijangkiti HIV gara-gara terjebak dalam seks bebas WeChat 'Lelaki-lelaki itu yang paksa saya' - Dijangkiti HIV gara-gara terjebak dalam seks bebas WeChat Reviewed by Editor on 8:03 PM Rating: 5