'Mohon viralkan muka peragut ini!'


KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki yang meragut telefon bimbit serta beg duit milik mangsanya berhampiran sebuah masjid di Medan Idaman semalam, viral di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi semalam, mangsa dalam perjalanan ke sebuah masjid di Medan Idaman untuk menunaikan solat hari raya Aidiladha.

"Mohon viralkan muka peragut/penjenayah yg meragut hand phone serta beg duit hamba Allah yg sedang pergi ke masjid Medan ldaman KL utk menunaikan solat Hari Raya Aidil Adha..muka penyamun jelas nampak..tolong viralkan muka penyanggak ni..biar polis senang mengenalpasti saspek ini!"

Video berdurasi 1 minit 17 saat itu menunjukkan mangsa pada awalnya merakam video keadaan suasana sekeliling masjid berkenaan tanpa menyedari tindakannya itu menarik perhatian dua suspek yang memerhatikannya dari jauh. 

Tidak beberapa lama kemudian, dua suspek berkenaan bertindak menghampiri mangsa dan terus meragut beg duit serta telefon bimbitnya sebelum memecut meninggalkan mangsa. 

Bagaimanapun, suspek tidak menyedari bahawa mangsa sedang membuat rakaman video dan secara tidak langsung terakam wajah suspek kedua yang berkata, 

"Kejarlah kalau berani. Sony jer dowh," katanya. 


Video yang dipercayai diperolehi dari aplikasi keselamatan telefon bimbit itu kemudian dimuat naik oleh mangsa di Facebook yang meminta orang ramai menyebarkan wajah salah seorang suspek berkenaan. 

Orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan tidak ralit dengan telefon bimbit ketika berada di tepi jalan, di mana anda berpotensi menjadi mangsa ragut oleh golongan penjenayah yang tidak berguna ini. 
'Mohon viralkan muka peragut ini!' 'Mohon viralkan muka peragut ini!' Reviewed by Editor on 11:21 AM Rating: 5