'Park sesuka hati, kan dah mendapat'


Viral di media sosial, sebuah kereta pacuan empat roda mengalami calar dan rosak di bahagian kanan selepas digesel treler panjang yang melalui jalan tersebut. 

Dalam video kejadian yang tidak dinyatakan masa dan lokasinya itu menunjukkan, treler berkenaan melalui jalan dua lorong di mana di bahu kiri dan kanan dijadikan sebagai parkir haram menyebabkan jalan itu menjadi sempit dan hanya boleh dilalui di bahagian tengah. 

Bagaimanapun, keadaan itu menimbulkan masalah pada pemandu treler berkenaan yang tidak dapat melepas jalan tersebut, sehingga menyebabkan bahagian belakang kiri kenderaannya tergesel pada kereta orang awam. 
Oleh kerana tiada pilihan lain, pemandu treler itu terpaksa meneruskan juga pemanduannya dan menyebabkan kereta pacuan empat roda itu calar dan tayarnya pancit. 

Sementara itu di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi yang berbeza, namun rata-rata menyalahkan pemilik kenderaan yang meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya. 



Ada netizen yang mempersoalkan mengapa pemandu lori berkenaan mengambil ruang yang terlalu dekat dengan kereta tersebut berbanding di ruang sebelah kanan yang nyata masih luas. 

Namun, jelas segelintir netizen yang lain;

"Lori itu bukan saja-saja nak lanyak kereta itu. Dia bawa treler, kena ambil ruang untuk peluk. Jadi, kereta itu dah ambil ruang untuk treler itu belok. 

"Treler bukan senang nak handle gerabak belakang, sebab dia bukan ikut kepala treler sangat," kata netizen. 

Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada golongan yang suka meletakkan kereta di zon atau tempat-tempat larangan. 
'Park sesuka hati, kan dah mendapat' 'Park sesuka hati, kan dah mendapat' Reviewed by Editor on 10:09 AM Rating: 5