Pelajar Tingkatan 5 trauma selepas ditiduri lima lelaki


BACHOK, KELANTAN - Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun berada dalam keadaan trauma selepas melakukan hubungan seks hampir sembilan kali dengan sekurang-kurangnya lima lelaki berbeza, lapor mStar Online.

Ekoran kejadian itu, remaja berkenaan membuat laporan polis di balai polis daerah pada 7 September lalu. Namun kes itu dirujuk ke Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan kerana hubungan seksual itu didakwa berlaku di daerah tersebut. 

Seorang jurucakap polis dari Bachok yang enggan namanya didedahkan, mengesahkan pihaknya menerima laporan itu. Remaja perempuan yang berasal dari Tawang ini kini berada dalam keadaan trauma kerana bimbang lelaki yang didakwa menidurinya akan terus menganggu hidupnya. 

Bagaimanapun katanya, remaja perempuan itu mungkin akan berdepan dengan tindakan daripada Jabatan Agama Islam Negeri kerana melakukan hubungan seks secara haram. 

Menurut laporan polis yang dibuat, remaja itu berada di sekolah dan dijemput oleh seorang lelaki bernama Luqman kira-kira jam 7.30 pagi, 30 Ogos lalu. Dia kemudian dibawa ke rumah lelaki terbabit di Kampung Beris Kubur Besar dan melakukan hubungan seks, selain turut diratah oleh rakan lelaki itu bernama, Abby. 

Remaja itu mendakwa, dia juga melakukan hubungan seks dengan rakan Abby pada keesokan harinya, selain dipaksa meniduri dua lelaki lain di dua lokasi yang berbeza. Malah dia turut melakukan perbuatan itu dengan beberapa lelaki di dua hotel sebelum memutuskan untuk membuat laporan polis. 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, mengesahkan menerima laporan itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Pelajar Tingkatan 5 trauma selepas ditiduri lima lelaki Pelajar Tingkatan 5 trauma selepas ditiduri lima lelaki Reviewed by Editor on 2:33 PM Rating: 5