'Saya masih waras, tiada adegan bercium pun' - Michael Ang


Viral di media sosial semalam, gambar pelakon Fattah Amin dan Janna Nick seakan-akan bercium dalam sebuah drama yang masih dalam pembikinan, menimbulkan rasa kurang senang netizen. 

Menurut netizen, adegan seperti itu sangat tidak bersesuaian dengan budaya di negara ini yang dilihat boleh mempengaruh penontonnya khusnya di kalangan orang muda. 

Meskipun ada segelintir netizen percaya bahawa adegan itu hanyalah trick kamera semata-mata, namun ramai yang masih tidak berpuas hati dan mengecam pengarah drama Coffee Prince, Michael Ang. 


Dalam laporan mStar Online, Michael meluahkan rasa terkejut apabila mendapati video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pelakon baharu, Fara Mendoza, di laman Instagram. 

"Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan. Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran. 

"Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang," katanya. 

Michael berasa kesal dengan tindakan Fara itu dan juga adegan tersebut telah disalah anggap oleh masyarakat yang menyangka Fattah Amin dan Janna Nick sedang melakonkan babak bercium. Bagaimanapun, Michael menjelaskan, dua pelakon utama drama itu hanya kelihatan seperti melakukan aksi itu kerana kedudukan kamera pada telefon bimbit yang merakam. 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

"Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah mereka tidak bersentuhan langsung. Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah-olah menampakkan mereka sedang bercium. 

"Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya," katanya. 


Ekoran dari insiden itu, Michael berkata, dia akan lebih berhati-hati dan mengingatkan para pelakon tidak memuat naik sebarang rakaman sepanjang penggambaran di laman sosial. Secara tidak langsung, tindakan itu juga bagi memastikan babak-babak penting tidak ditonton oleh masyarakat sebelum ia ditayangkan di televisyen. 

"Selepas ini, tak kira pelakon atau kru, saya tidak benarkan mereka merakam adegan sepanjang penggambaran. Tak mahu lagi orang salah faham dan hilang kejutan kerana penonton sudah tahu aksi dalam drama tersebut," katanya.

Bagaimanapun, timbul persoalan dari netizen, apakah pihak Finas tetap akan meluluskan adegan tersebut untuk tontonan umum?
'Saya masih waras, tiada adegan bercium pun' - Michael Ang 'Saya masih waras, tiada adegan bercium pun' - Michael Ang Reviewed by Editor on 9:49 AM Rating: 5