'Sejak artikel 'kenapa bumbung rumah pendek?' viral, ramai pemaju yang mula terasa'


PUTRAJAYA - Tulisan pakar hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, baru-baru ini mengenai rekabentuk rumah-rumah moden di zaman ini yang dikatakan banyak merugikan pembeli, mencetuskan pelbagai reaksi netizen termasuklah pemaju kecil, mahupun besar. 

Mana tidaknya, perkongsian perkara-perkara asas yang pembeli perlu tahu sebelum membeli rumah, banyak membuka mata orang ramai. Apatah lagi apabila ada segelintir pembeli yang berkongsikan pengalaman buruk mereka memiliki rumah berbumbung pendek ini. 

Susulan dari viral itu juga, Dr. Azizul mendakwa ramai yang mula terasa terutamanya golongan pemaju, sehingga ada yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. 


"Bila tulisan saya 'kenapa bumbung rumah pendek?' menjadi viral, ramai yang mula terasa. Ada yang marah sangat sehingga mahu mengambil tindakan undang-undang dan ada yang membela tindakan pemaju ini. 

"Lebih sedih bila yang membela pemaju ini adalah orang yang sekolah tinggi, bijak pandai dan seharusnya berkongsi ilmu dengan masyarakat miskin seperti kita semua. 

"Baiklah, biar kami ini kekal bodoh dan jangan pandai sampai bila-bila. Maklumlah kita orang ini tak handsome," selorohnya di Facebook yang juga disertakan dengan beberapa rakaman perbualan dengan seorang pemaju yang mendakwa terkesan dengan penulisan tersebut. 

"Tak sangka my client terkesan dengan posting doktor itu dan menyebabkan sedikit konflik antara saya tuan rumah dan pelukis plan. 

"Betul posting doktor viral dan doktor sendiri memang hebat. Tetapi sebaiknya bincangkan cara bagaimana. Posting tuan ibarat mengeruhkan keadaan. Kasihan developer besar-besar. Saya yang kecil ini pun jadi pening," kata individu berkenaan. 



Bagaimanapun, Dr. Azizul memberikan jawapan yang padu kepada individu itu dan sekali gus menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kepentingan yang lain, selain cuba berkongsi ilmu pada orang ramai agar tidak terperdaya dengan rekabentuk rumah yang moden tetapi merugikan. 

"Tuan lebih bersimpati pada developer besar dari golongan kecil yang beli rumah mungkin sekali seumur hidup? Tuan sebagai arkitek sepatutnya melindungi kami dengan design yang baik dan selesaikan masalah orang awam. 

"Saya berkepentingan atau tuan yang berkepentingan malas review design kembali bila client semakin pandai? Saya menulis agar semua orang jadi bijak pandai, bukan dibiarkan ditipu dengan design yang moden dan cantik. 

"Kos print kembali drawing tidak sampai RM52,000 sebagaimana pembeli terpaksa buat bumbung baru kesan haba, kebocoran, kulat, hujan lebat dan angin kuat," katanya. 



Lihatlah sendiri, betapa mereka mengutamakan tembolok sendiri berbanding kesukaran dan kesusahan yang bakal dihadapi oleh pembeli. Rumah-rumah yang rekabentuk moden ini sebenarnya tidak sesuai dengan keadaan cuaca di negara kita yang panas sepanjang tahun. Sebaliknya, ia lebih sesuai dengan negara-negara yang beriklim sejuk.

Sewajarnya kita berterima kasih kepada Dr. Azizul Azli Ahmad yang sudi berkongsikan ilmu asas mengenai rekabentuk rumah secara percuma, agar kita tidak mudah terperdaya dan menanggung rugi sepanjang hayat. 
'Sejak artikel 'kenapa bumbung rumah pendek?' viral, ramai pemaju yang mula terasa' 'Sejak artikel 'kenapa bumbung rumah pendek?' viral, ramai pemaju yang mula terasa' Reviewed by Editor on 8:15 PM Rating: 5