Elak dirakam CCTV, dua penyamun menyorok di belakang gegantung iklan


KEMAMAN, TERENGGANU - Dua lelaki yang cuba menyamun sebuah kedai alat telekomunikasi di sebuah kompleks beli belah, berjaya ditahan, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 12.53 pagi di Kompleks Kemaman Central Point, dua suspek yang bersenjatakan pisau dapur dan batang besi, menceroboh masuk ke dalam kompleks tersebut dengan memotong selak mangga pintu salah satu pintu masuk bangunan berkenaan.

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dua suspek berkenaan cuba melindungi diri dengan 'bunting iklan' ketika menuruni eskalator dari dikesan pengawal keselamatan yang memantau rakaman CCTV. 


Bagaimanapun, tindakan dua suspek itu mengundang padah apabila kehadiran mereka disedari pengawal keselamatan yang kemudian menghubungi pihak polis. Dengan bantuan dari polis, pihak pengurusan Center Point dan bersama dengan beberapa orang awam segera mengepung bangunan tersebut. 

Menurut sumber yang memuat naik gambar dan video kejadian itu di Facebooknya berkata, ketika mereka cuba menahan dua lelaki itu, salah seorang daripadanya cuba melibas batang besi ke arah mereka, namun sempat mengelak.





Dua suspek itu akhirnya berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 
Elak dirakam CCTV, dua penyamun menyorok di belakang gegantung iklan Elak dirakam CCTV, dua penyamun menyorok di belakang gegantung iklan Reviewed by Editor on 11:39 AM Rating: 5