'Haiwan jenis apa ni pun aku tak fahamlah, takyah semak jadi keyboard warrior' - Norish Karman


Norish Karman atau nama sebenar, Nor'Ashikin Karman, berasal dari Singapura semalam memuat naik gambar komen seorang individu di Instagram yang mendakwa dia curang ketika masih bersama bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir. 

"Tu la dok berBF lagi dengan abang si artis sebelum ni. Dah elok bersuami Dato', hmmm tabahlah ya makcik," tulis Alaanis34 dalam ruangan komen gambar berita dari MediaCorp mengenai Norish yang mengaku mengalami masalah kewangan semenjak menjadi ibu tunggal. 

A post shared by dWarriorQueen (@norishkarman) on

Kesal dengan dakwaan yang tidak berasas itu, Norish Karman memuat naik gambar komen individu terbabit berserta dengan penjelasannya di bawah:

"Haiwan jenis apa ni pun aku tak fahamlah. Tiba-tiba berlagak mulia pula. Bekas suami saya itu bukan bergelar Dato' ketika kami berkahwin, dia hanya orang biasa sahaja. Bisnes pun tak kembang, hanya businessman biasa. Selepas kahwin dengan akulah dia dapat gelaran 'Dato'. 

"So pembetulan, saya tidak berkahwin dengan Dato'. Selepas satu-satu anak-anak aku dilahirkan, dia dapat banyak bisnes. Itu namanya rezeki anak-anak, rezeki dari Allah SWT. 

"Aku berkorban karier, aku berjihad untuk anak-anak sebab bisnes suami mengalami kejatuhan dan dia tengah susah, tengah melalui dugaan Allah SWT. Makanya aku tolong dia menjaga kebajikan anak-anak, sekolah anak-anak. Aku yang carikan rumah sebagai tempat berteduh anak-anak keraa dia tidak mampu. 


"Guess what? Aku tak salahkan dia, malah aku memahami dan membantu segala yang aku mampu sebab aku tak dididik untuk menghancurkan orang lain walaupun pernah disakiti dan sedih. 

"Untuk pengetahuan, bekas suami dan aku tak bergaduh, tak bermusuh, malah dia dan anak-anak sedar bahawa aku banyak berkorban karier, korban masa, korban segala-galanya demi dia bangkit semula dari kejatuhan bisensnya. Dan sementara itulah aku yang membesarkan anak-anak dengan segala kekurangan dan cabaran. 

"Aku yakin dia akan bangkit semula kerana kami anak beranak tidak lupa mendoakan 'Baba' mereka. Sebab itulah aku tak berlakon, sebab orang tak faham kehidupan aku ini menjaga anak-anak dari zero to hero, sebab suami tengah susah. Bukan sebab aku ibu tunggal yang gagal ke, bukan sebab aku malas kerja ke, bukan sebab aku tak nak berlaku ke, bukan sebab aku. Faham ke? 

A post shared by dWarriorQueen (@norishkarman) on

"Kalau aku asyik fikir diri sendiri, kalau aku asyik buat apa yang aku suka, maka anak-anak aku ada peluang menjadi anak-anak tepi jalan. Boleh jadi juga seperti tujuh budak yang bakar tahfiz sebab ibu bapa tak beri perhatian, tak bagi kasih sayang, tak ambil tahu kebajikan diorang. Faham ke?

"Meh jumpa aku la kalau rasa nak tahu sangat. Tak payah semak jadi Keyboard Warrior. Takut ke apa wei?? Aku jawab ini sebab anak-anak aku bengang dan tak dapat terima ibu mereka dikutuk sedemikian," tulisnya. 

A post shared by dWarriorQueen (@norishkarman) on

Bagaimanapun, individu berkenaan telah memadamkan komennya dan menyahaktifkan akaun Instagramnya setelah mengetahui komennya itu menimbulkan rasa kurang senang pelakon itu. 

Sabtu lalu Media Corp melaporkan Norish mengakui menghadapi masalah kewangan semenjak bergelar ibu tunggal dan dia kini bekerja sebagai pengacara majlis, pakar motivasi dan pembaca berita untuk membesarkan empat orang anaknya. 

Selain itu, Norish juga membuat perniagaan sampingan, iaitu penghantaran makanan setiap hari sekiranya ada tempahan makanan yang diterima di Instagram rasminya. 
'Haiwan jenis apa ni pun aku tak fahamlah, takyah semak jadi keyboard warrior' - Norish Karman 'Haiwan jenis apa ni pun aku tak fahamlah, takyah semak jadi keyboard warrior' - Norish Karman Reviewed by Editor on 3:37 PM Rating: 5