'Isteri mana yang tak mengamuk bila suami keluar lepak di 'kelab' dengan member dan betina!' - Are Liyn


KUALA LUMPUR - Viral di media sosial video seorang wanita yang memecahkan kesemua cermin sebuah kereta jenis Honda milik suaminya, awal pagi Ahad lalu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin yang pada awalnya dilaporkan berlaku di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, wanita yang tidak diketahui identitinya itu berang suaminya tidak pulang ke rumah selepas jam tiga pagi. 

"Wanita itu berang suaminya tak balik setelah jam 3 pagi lalu bertindak memecahkan cermin kereta milik suaminya itu sebelum berjaya ditenteramkan orang ramai beberapa jam kemudian," kata sumber. 


Bagaimanapun, menurut seorang wanita yang menggunakan nama Are Liyn di Facebook berkata kejadian itu berlaku berhampiran sebuah kelab malam di Jalan Ampang di mana, pemilik kereta Honda berwarna merah tersebut telah meletakkan keretanya di situ semenjak jam 1 pagi sehingga jam 6 pagi. 

"Perhatian ye, ini kat Dorai la. Yang pakai seluar pendek itu, yang terjerit-jerit itu semua yang lepak di situ dan nampak apa yang terjadi. Dari jam 1 pagi, kereta suami dia dah park di situ sampai jam 6 pagi pun masih berada di situ. 

"Suami dia curang. Suami bai, bukan teman lelaki. Lahanat! Suami tak bagi dia keluar walaupun dengan kawan-kawan perempuan. Akhirnya isteri dapat tahu suami dia keluar lepak Dorai sekali, ada betina. Kau rasa? Suami dia sendiri yang cari penyakit. 





"Isteri mana yang tidak mengamuk bila isteri nak keluar dengan kawan-kawan, suami tak bagi. Tetapi suami boleh pula keluar lepak di 'kelab' dengan kawan dan 'betina'! Korang fikirlah sendiri," katanya yang turut memuat naik tiga video ekstra yang menunjukkan si isteri sedang berusaha memecahkan kesemua cermin kereta suaminya itu. 



Difahamkan, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan. 

Sementara itu netizen menasihatkan pasangan-pasangan yang bakal atau sudah berkahwin di luar sana berpada-padalah bila membuat aktiviti di luar. Jika perlu, tinggalkanlah aktiviti yang tidak berfaedah. Sebaliknya utamakan dan luangkan masa bersama keluarga kerana itu lebih baik dari mewujudkan prasangka yang bukan-bukan.