'Kalau suami nak kahwin lain, biarkan saja bakal madu ambil alih kerja kita'


Suami nak kahwin lain? Bagi saya senang. Pergilah nak nikah sekalipun. Tak nak berebut kalau dah tak elok, kan? kan? Buat apa simpan? Stress. Lelaki ini, makin tua nampak saja handsome sebab mereka tak beranak. Isteri jaga makan, pakai sehinggalah masalah dia pun kita yang selesaikan. 

Ada nampak lelaki/suami selepas waktu pejabat pakai lawa-lawa, wangi, romantik selepas kahwin? Kalau isteri tak ganti pelikat, tak panggil mandi dan solat, tak hidang makan, tak teruruslah anak orang itu. Itu belum lagi lupa nak flush toilet, sidai tuala, tukar stokin bagai.  

Relaks, salam tangan bakal madu itu dan ucapkan terima kasih sebab dia nak sangat 'jaga' suami kita. Perempuan ini kalau ada suami orang suka pada dia, mereka tiba-tiba akan rasa seperti wirawati. Lelaki dah masuk umur 40-an, tak ada masa dah nak layan tengok wayang, shopping, masuk dapur bagai. Nak dodoi anak balik? Mimpilah.


Lelaki selalu kata bahawa mereka lebih cerdik dari wanita. Siap dengan bukti dari Al-Quran. Tetapi kita tengok banyak juga bukti di akhir hidup wanita yang lebih bahagia. Apa yang ditulis dalam Al-Quran itu sebagai panduan. 

Berkahwin lebih dari satu bukan satu kesalahan dan bukan satu hukum wajib atau tuntutan. Cuba baca banyak kisah-kisah dalam syurga. SubhanAllah, cantiknya bidadari syurga tak boleh nak cakap. Kalau pembantu bidadari dah cantik, apa lagi isteri kita yang jadi penghulu bidadari? 

Sabar saudara, dunia ini sekejap saja. Tak payah tunggu kiamat untuk ke syurga, buat baik dan bersabar saja. Dunia kita tenang, mati kita selesa, kiamat kita berjaya. Takut harta jatuh ke tangan wanita lain? InshaAllah tak kemana. Yang baik tentu jadi hak isteri jua. Hukum faraid ada, Allah tahu semua. Anak-anak dan diri sendiri lebih berharga. 

Bayangkan suami/bekas suami terpaksa beli kasih sayang anak-anak dengan wang. Penat, penat. Selalunya orang yang banyak kahwin ini tak ada harta, yang ada hutang sajalah. Kerja pula sampai ke tua. 


Kalau suami nak berkahwin lagi, bagi suami itu jadual. Seminggu saja dalam sebulan datang ke rumah. Dalam tiga minggu itu, kita relaks saja pergi SPA, pergi masjid, riadah dengan anak-anak. Buat perkara yang sudah lama kita teringin nak buat. Biar isteri baru itu uruskan semua hal makan minum pakaian sakit pening dia. Itu yang dia nak, kan? 

Ingat bahawa, syurga sangat mudah bagi kita wanita. Solat pun kelam kabut, lima waktu pun macam nak perang kalau buat. Quran setahun sekali buka, itupun baca dalam hati. Puas harap bulan ramadan saja. Itupun banyak tidur dari membantu isteri. Ini ada lagi nak tanggung beban konon. 

Kadang-kadang wanita tak nampak nikmat sebenar bila suami berkahwin lagi. Allah nak bagi cuti! Cukup sebulan kita terima nafkah sahaja. Allah akan cukupkan sebab dah bagi laluan mudah pada orang lain. Suami mana tak sayang isteri? Bodoh atau hodoh mana pun isteri, tetap seorang isteri. Tanpa isteri, mana mereka dapat gelaran ayah? 


Lebih-lebih lagi anak dah besar. Hidup mesti ada penghujung. Susahlah nak tengok orang nikah lebih dari satu ini bahagia. Pening serba tak kena. Siang malam pegang kalkulator. Menipu jadi darah daging. Boleh ke isteri baru tengok husband pegang handphone WA anak-anak dan isteri pertama? Stress, jangan fikir nafsu tetapi fikir amanah Allah dan soalan akhirat. Sedap hanya 10 minit saja, faham kan?

Saya suka Tun Dr Mahathir dalam bukunya kata, orang yang kahwin lebih dari satu ini mengambil hak orang lain yang sepatutnya kahwin. Orang bijak cakap begitu, bijak dalam segala segi. Bukan Tun jahil agama, sebab dia arif makan dia tak mahu susah, tak mahu lukakan hati isteri dan anak. 

Yang cakap pun ustaz, lelaki tetap lelaki. Bak kata guru agama saya di Bahrain ini, dalam agama ini banyak hal yang jauh lebih penting. Saya belajar fiqh bab zakah dan inheritance dah dua bulan tak habis-habis. Saya belajar tajweed sudah dua tahun namun masih belum hafal rules dan makhraj belum cantik. 

Belajar bahasa Arab? Penuh dinding dengan sofa. See a lot of things more important. Alhamdulillah suami selalu beri semangat untuk belajar. Siap buat jadual untuk saya dan sanggup keluar waktu pejabat dengan izin majikan sebab dia nak hantar dan jemput saya. Saya bukannya tak boleh memandu di negara Arab, tetapi dia kata nak tumpang pahala. 

Banyak perkara yang lebih berfaedah untuk dibuat di hujung usia. Orang sibuk mengumpul harta akhirat, awak dok gelek anak dok tunjuk power tak power. Hidup pun dengan suppliments.
  • Kalau isteri tak cantik, bawa ke SPA. 
  • Kalau isteri tak wangi, mandikan dengan air bunga. 
  • Kalau isteri tak pandai, hantar pergi kursus. 
  • Kalau isteri dah tua cerminkanlah diri dari atas ke bawah dan depan serta belakang.
  • Perut isteri mengelebeh sebab dah berapa nyawa hidup dalam dirinya. Dah berapa tahun suami guna?
  • Perut suami pula buncit sebab isteri bagi makan empat kali sehari. 

Bagi isteri tua, jangan cemburu jika ada wanita cantik peluk suami kita yang sudah tua. Kita tahu, kan? Shhh! 


Tengok wanita muda memang cantik dengan warna warni serta senyuman. Wajah wanita berusia nampak sejuk dan rona-rona kehidupan dan pengalaman. Kalau betul wanita itu cantik dan bijak, tidaklah tersangkut pada yang tua. Lelaki/suami janganlah dek kerana nafsu maka kamu campakkan wanita/isteri dalam kepayahan dan kesusahan. 

Tak tahu berapa banyak wanita yang jumpa kaunseling, doktor, bomoh untuk rebut lelaki yang tidak guna. Bila wanita/isteri silap, maka dosanya kamu juga tanggung. Nauzubilllahiminzalik. Alhamdulilillah suami saya sangat bertanggungjawab. 

'Kalau suami nak kahwin lain, biarkan saja bakal madu ambil alih kerja kita' 'Kalau suami nak kahwin lain, biarkan saja bakal madu ambil alih kerja kita' Reviewed by Editor on 5:03 PM Rating: 5