'Kami mencari rezeki, tolong jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami' - Driver Uber/Grab


GEORGE TOWN, PULAU PINANG - 'Star Rating' sepatutnya diberi berdasarkan kepuasan penumpang terhadap perkhidmatan yang diberi, namun dalam luahan seorang pemandu Grab/Uber ini, ada individu yang memberi rating mengikut jenis kereta sehingga menimbulkan masalah. 

"Salam Oh! Media. Minta viralkan post tentang sikap pelajar IPTA/IPTS yang suka rate rendah pada pemandu Uber dan Grab.

"Untuk pengetahuan admin, jika pemandu selalu mendapat rating rendah iaitu di bawah lima bintang, peluang untuk di-ban oleh pihak Uber atau Grab adalah besar. Sudah banyak kes pemandu di-ban dan kebanyakannya kerana rate dan report dari pelajar IPTA/IPTS. 

"Masalah seperti ini tidak berlaku setiap kali pick up expat ataupun golongan profesional. Tetapi selalu berlaku setiap kali pick up pelajar IPTA atau IPTS. 

"Kami mencari rezeki, tolong jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami. Jangan pandang rendah pada pemandu Uber atau Grab. Ini bertindak dan berpandangan seperti kami semua ini tak belajar tinggi," katanya. 


Berdasarkan gambar yang diserta, keluhan dari seorang pemandu Uber/Grab yang kesal dan bertindak memboikot pengguna dari USM Pulau Pinang selepas mendengar pengakuan dari pelajarnya sendiri. 

"Dia kata UM kadang-kadang susah nak dapat Uber/Grab, driver tak accept. Saya tanya, dia kerap bagi satu bintang ke? Dia jawab geng dia paling tinggi bagi empat bintang sebab kereta Honda Civic baru. 

"Kalau kereta nasional, semua satu bintang. Kereta Grab/Uber Almera pun dapat dua bintang sebab tak glamour," katanya. 

Sementara itu di ruangan komen, ada beberapa pemandu Uber/Grab juga turut meluahkan kekesalan mereka terhadap sikap yang tidak bertanggungjawab pelajar IPT berkenaan. 

"Student USM, sorrylah, sejak aku dah kena hari itu. Ada seorang student bagi satu bintang saja pada aku. Padahal dia tak bayar pun, free saja. Dari hostel, dia nak ke KFC saja pun, itu pun dia request Uber/Grab. 

"Demi sesuap nasi aku sanggup pick up tetapi dia kenakan aku. Serius aku nak beritahu, for all USM student, aku takkan pickup dah dari kolej korang. Memang aku tak layan korang punya request. Taubat aku," kata Haidir Adi Amin. 

"Selera nak tinggi, bayar nak murah. Perangai hanat. Aku kalau naik Grab, lantaklah Axia sekali pun, janji ada pengangkutan. Ini mesti jenis minta tolong member hantar jauh-jauh kemudian hulur RM5," kata Joi Jenoz. 




Dalam kehidupan ini jika kita permudahkan kerja orang dan orang juga akan mempermudahkan kerja kita. Star Rating diberi berdasarkan perkhidmatan, bukannya jenis kereta. Sebagai pelajar IPTA atau IPTS, beradab dan gunakan kecerdikan anda dalam menilai sesuatu.
'Kami mencari rezeki, tolong jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami' - Driver Uber/Grab 'Kami mencari rezeki, tolong jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami' - Driver Uber/Grab Reviewed by Editor on 11:34 AM Rating: 5