'Kau yang pilih jalan ini Ben..' - Reaksi netizen selepas Benjy dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun


MEDAN, INDONESIA - Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Benjy, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis kristal methamphetamine, April lalu. 

Benjy telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, bersama 4.5 gram dadah jenis methamphetamine yang disorok dalam duburnya ketika berkunjung ke pulau Sumatera.

Selain hukuman penjara, Benjy yang kini berusia 38 tahun itu diarah membayar denda berjumlah RM312,539 oleh Mahkamah Daerah Medan. 

Hukuman penjara itu lebih rendah berbanding 14 tahun yang dicadangkan oleh pendakwa raya selain terlepas dari hukuman mati. 

"Kami mengisytiharkan defendan, Benjy, terbukit bersalah dari segi undang-undang kerana memiliki dan mengawal narkotik," kata ketua hakim, Prasetyo Wibowo. 






Sementara itu reaksi netizen di media sosial, meluahkan rasa simpati dan berharap agar Benjy mengambil peluang ini untuk bertaubat. 

"Raut wajah beliau seperti menangis. Sebaknya Ya Allah. Saya tidak membenci tetapi kasihan. Ya Allah, lindungi hambaMu itu. Permudahkanlah hari-hari beliau, sihatkanlah tubuh badannya kembalilah sinar untuk bertaubat. Amin," kata Hamadtuazma Hasan. 

"Apa mampu ku lakukan sahabat, kau sendiri yang memilih jalan ini. Aku sahabatmu, sesungguhnya sedih melihat keadaan dirimu sekarang. Moga kali ini kau menerima hukuman ini sebagai jalan untuk kau bertaubat. 

"12 tahun yang lalu kau adalah sahabat yang amat memahami. Tetapi kau berubah sedikit demi sedikit. Allah Maha Mengetahui. Semoga kau baik-baik saja di sebalik tirai besi negara orang. Take care Ben," kata Deeya Neeya. 





Benjy merupakan anak sulung pelakon lagenda Malaysia, iaitu Allahyarhamah Azean Irdawaty yang meninggal dunia akibat kanser pada 17 Disember 2013. 

Sumber: AFP, Berita Harian