Lelaki didakwa cuba cabul dan culik kanak-kanak perempuan


KUALA LUMPUR - Viral video seorang lelaki ditangkap dan dipukul oleh penduduk kerana didakwa cuba mencabul dan menculik seorang kanak-kanak perempuan. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam di flat Cheras Ria, Taman Cheras itu semalam, lelaki yang bukan penduduk di kawasan itu cuba mencabul dan menculik kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun. 

Individu yang memuat naik video kejadian di Facebook, Noh Koris, berkata, kejadian itu berlaku pada anak jirannya dan sehingga kini masih berada dalam keadaan trauma. 

"Anak jiran saya trauma dan menangis-nangis," katanya. 


Berdasarkan video, seorang penduduk menjelaskan kepada suspek bahawa penduduk di situ mendakwa dia mengacau seorang kanak-kanak perempuan.

Tetapi menurut suspek, dia baru saja menghidupkan enjin dan menunggang motosikalnya namun ditolak sehingga terjatuh dan luka di lutut kaki kiri. Malah menjelaskan enjin motosikalnya masih belum panas, bagi membuktikan kata-katanya itu. 




Sementara itu, lelaki di hadapannya berkata, dia tidak memukul suspek dan meminta suspek menunggu kanak-kanak berkenaan turun dan menjelaskan keadaan sebenar. 

"Budak tak tipu punya. Orang tua baru tipu punya. You tunggu, you tunggu itu budak mari. Haa.

"Kalau tidak aa, takkan dia punya bapak dia pukul sama lu. Kalau tidak, takkan saya mari hentam sama lu. Sekarang ini saja, you takda mengaku, ini kena, makan sama lu," katanya. 

Suspek bagaimanapun meminta lelaki itu usah mengambil tindakannya sendiri dan bawa kes itu ke balai. 


Dalam video kedua, ibu dan mangsa kemudian dibawa menghampiri suspek bagi mengesahkan dakwaan itu. Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.