'Tolonglah, saya rasa nak lari dari rumah sebab semakin bosan dengan perangai isteri'


Tak terbayang hidup sebumbung dengan pasangan sebegini dalam keadaan semua perkara dia malas nak buat. Sehingga suaminya sendiri juga merasa geli dan kesal dengan perangai isteri yang tak pernah nak berubah biarpun sudah banyak kali ditegur. 

Hari ini tegur, berubah sehari dua tiga hari, hari keempat, datang balik perangai lama. Keadaan itu membuatkan si suami mahu melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. 

SALAM admin dan warga Kisah Rumah Tangga (KRT). Tolonglah, tolong, saya semakin hari semakin bosan dengan isteri saya. Kadang-kadang rasa seperti nak lari. Saya berumur 26 tahun, isteri surirumah, 21 tahun. Kami berkahwin di usia yang muda, dikurniakan seorang anak lelaki berumur dua tahun. 

Sejak berkahwin, saya dan isteri tinggal di rumah mertua. Mertua yang suruh tinggal bersama memandangkan jarak tempat kerja saya dengan rumah mertua dalam 10 minit sahaja. Lagipun adalah peneman di rumah, boleh bermain-main dengan cucu. Taklah sunyi sangat.  

Isteri saya duduk di rumah sehari suntuk. Tak tahulah apa yang dia buat selain dari menghadap televisyen dan telefon bimbit. Dia jarang mandikan anak sebab dia sendiri pun malas nak mandi. Bangun pula jam 10-11 pagi, jam 2 ke 3 petang baru nak mandi.

Nak masak pun kadang-kadang ikut mood dia. Sudah banyak kali saya balik kerja dari pejabat dalam keadaa penat dan lapar, bila diselak tudung saji, tengok lauk tengah hari dah tinggal saki baki. Patutnya bila sudah tahu saya selalu balik sekitar jam 6.30 - 7.00 petang, dia dah boleh sedia untuk memasakpadajam 6 petang. Tetapi dia langsung tak ada perasaan bersalah melihat saya balik dalam keadaan penat dan lapar, ditambah pula tiada apa yang dapat dimakan.

Kalau petang, mak mertua saya tak ada kelas mengaji, dialah yang memasak untuk kami makan malam. Naik segan saya dengan mak mertua. Saya dah cuba menegur isteri, jaga makan minum suami itu tanggungjawab isteri, bukan tanggungjawab mertua. Dua tiga hari saja nampak positif, kemudian dia buat perangai lamanya lagi. Sekali ketuk, sekali masuk. 

Ketika saya bercuti di rumah, kalau saya atau mak mertua tak mandikan anak, memang tak mandilah anak itu sampai keesokan harinya. Kalau anak kencing atau berak pun, dia buat-buat lambat nak pergi basuh. Kalau nak keluar jalan-jalan, dia siapkan diri pun dah sejam. 

Saya dengan mandikan anak, siapkan anak, setengah jam sahaja. Anak kami pun tak rapat dengan ibunya. Dia lebih rapat dengan saya dan neneknya. Kalau tak ada ibunya, tak apa. Dia tak kisah pun tetapi jangan tak ada neneknya. Boleh mengamuk seperti terkena histeria.

Sampai pernah terlintas di fikiran kalau jodoh saya dengan isteri tak berpanjangan, memang saya tak bagi hak penjagaan penuh pada isteri. Harap-harap tidaklah sampai ke tahap itu. 

Dua minggu yang lalu, isteri disahkan mengandung lagi. Keadaan itu membuatkan dia langsung tidak mahu memegang periuk kuali untuk masak selain itu tidak mahu mengemas, menyapu, mop lantai, cuci pinggan, basuh baju, semua dia tidak mahu buat. Kalau ada sawang sikit-sikit, dia akan biarkan sampai boleh tempat lepak Spiderman dengan Tarzan.

Kalau bab baju kotor pula, dia punya tinggi menimbun itu dah seperti timbunan baju di jualan murah 70%-80% itu ha. Saya yang penat-penat balik kerja inilah yang kutip, basuh dan sidai pakaian dia, pakaian saya dan anak. Saya memang tak benarkan mak mertua basuh pakaian kami. 

Pasal melaram, bershopping, bergaya stylomylo, bagi saja pada dia. Kuat betul pengaruh cerita-cerita Korea, Instafamous dan tutorial-tutorial make up. Suka sangat pakai seluar jeans yang slim dan nampak ketat di kaki itu. Katanya itu gaya hips terkini. 

"HAATOK KAU LAH! AKU YANG MENANGGUNG DOSA KAU, TAHU TAK?"

Saya sudah banyak kali menegur dia agar menjaga cara pemakaian. Penat dah menegur. Agak-agak sudah terlepas tak tanggungjawab menegur itu? Saya dah tegur, bukan tak pernah tegur. Siap forward dalam WhatsApp benda-benda baik berkaitan agama termasuk juga cara-cara pemakaian muslimah sebenar. Haram dia nak ikutnya. 

Dia perasan muda lagi, konon-konon seperti dia sah akan hidup sehingga umur 60 tahun (umur 50 tahun baru nak bertaubat). Dan yang ini saya malu nak sebuh, tetapi sebagai nasihatlah ye sebab dalam Islam benda ini sunat. 

Saya dah tegur dia banyak kali dah, janganlah baik hati sangat bela bulu ketiak dan bulu jembut itu. Tak elok. Dalam Islam sunat kena cukur semua itu atas sebab faktor kebersihan. Macam biasa, sekali ketuk, sekali masuk. Memang ada ke orang perempuan yang jenis suka membela ini? Hahaha! Tak ada selera saya, tahu tak? Tolonglah! Tolong. 

Duit nafkah dia setiap bulan saya beri RM400 untuk dia gunakan pada diri dia, top up beli barang-barang anak dan barang-barang dapur yang berkurangan. Tetapi 80% duit itu dia habiskan pada dirinya sendiri dengan membeli benda-benda merapu seperti kosmetik, vitamin, kolagen, baju dan tudung online sebagainya. Semak tengok atas meja solek dia itu sampai ada yang sudah berhabuk. 

Gaji saya kecil sahaja, selepas tolak EPF, SOCSO, tinggal RM2,100 bersih. Nak bayar kereta motosikal, simpanan untuk anak, beli barang dapur, nak bagi pada mak dan ayah saya, bagi mertua, bayar bil-bil rumah mertua, petrol, duit makan di tempat kerja lagi. Mungkin saya akan kurangkan dari RM400 ke RM200 sahaja. Okay ke? 

Seperkara lagi, dia ada penyakit malas nak kerja sedangkan saya dah izinkan kalau itu dapat membantu meringankan beban saya dan beban mertua. Tetapi dia tetap tidak mahu bekerja, sebaliknya dia lebih suka duduk di rumah membuang masa dengan melayani drama-drama Korea, Hindustan, Sinetron dan sebagainya. 

Saya pernah tegur dia secara bergurau, kalau dia buat perangai malas sangat, saya akan pergi mencari madu untuk dia. Dia buat bodoh, muka tak ada perasaan sebab dia tahu gaji saya kecil tak akan mampu nak berkahwin dua. 

Bukan nak menyalahkan takdir kahwin muda. Syukur sangat sebab itu rezeki. Tetapi entahlah. Nak tegur salah, dah tegur pun tak jalan.

Untuk lelaki-lelaki bujang mahupun gegadis bujang yang nak kahwin muda itu bagus kerana dapat mencegahkan maksiat. Tetapi selidiklah betul-betul pasangan andan dari segala sudut. Persiapkan diri dengna ilmu rumah tangga dulu sebelum gatal nak berumah tangga. Jangan kerana sifat huduh, buruk dan busuk anda nanti akan menyusahkan orang lain.

'Tolonglah, saya rasa nak lari dari rumah sebab semakin bosan dengan perangai isteri' 'Tolonglah, saya rasa nak lari dari rumah sebab semakin bosan dengan perangai isteri' Reviewed by Editor on 12:04 PM Rating: 5