'Alhamdulillah, walaupun kulit muka tak macam artis K-Pop' - Gadis kongsi tips jaga kulit muka


Dah cuba bermacam-macam produk di pasaran, namun wajah masih tak elok seperti yang diharapkan? Lagi-lagi muka cepat berminyak, rasa rimas dan malu bila dahi berkilat? (Hahaha! #GelakJahat). 

Nak menjaga kulit muka ini senang jika korang ada dua perkara ini iaitu, wang dan panduan. Mengenai wang, kita abaikan sebab masing-masing sudah bekerja dan pasti ada duit. Yang mana berkemampuan, boleh amalkan. Yang kurang berkemampuan, menabunglah dulu atau intai produk sekian-sekian di masa sales. 

Panduannya? Boleh follow tips dari Cik Shaza Ainaa ini. Hasilnya kena tengok selepas tiga atau empat bulan kemudian. Bukannya hari ini guna, esok terus menjadi. Tak, tak, tak. Ini bukan produk skim muka macam skim dinding rumah bagi cantik. Apa pun, semoga bermanfaat. 

FIRST sekali nak habaq! Muka saya tak adalah selicin kulit telur, tak adalah seputih kapur tau. So kalau rasa nak baca, baca. Tak nak baca, jangan baca. 

#Semua barang-barang ini ada di Watson dan Guardian. 

Okey, hari ini saya rasa macam free nak beritahu korang skincare routine saya. Disebabkan ada yang PM, DM, Chat saya tanya macam mana saya jaga muka, so here we go! 


Cetaphil Twin Pack 500ml RM70-RM80 (Beli masa sales)

Cleanser paling bagus. First saya cuci muka pakai yang ini. Buih memang tak ada langsung nanti wajib hampa rasa tak puas  bila cuci muka, tambah-tambah muka berminyak seperti saya. Dua botol, setahun pun tak habis lagi. 


Garnier Pure Active Matcha De-tox (harga tak pasti)

Cleanser kedua yang bagus bagi saya. Korang, saya tak tahulah. Kena cuba dulu baru tahu. So tadi dah basuh muka guna Cetaphil kan? Saya doublekan dengan Cleanser yang ini. Kena yang ini, habis segala minyak dan kotoran semua keluar habis. 


St. Ives Apricot Scrub RM16 (beli masa sales)

Scrub paling bagus. St Ives ini ada banyak jenis scrub. Ada yang kasar, tak kasar, green tea pun ada kalau tak silap. Yang saya guna ini kasar sikit tetapi segala whitehead dan blackhead habis hilang bila gunakan scrub ini. Saya guna seminggu sekali sahaja.

Jangan terlalu kerap, muka boleh jadi kering. 


Safi Sari Gamar dan Habbatus Sauda RM7 (beli masa sales)

Pelembab muka sungguh yang ni. Bila korang apply saja, cuci muka korang rasa sendiri sejuk itu lagu mana. Korang kena try! 


Himalaya Nourishing Skin Cream RM13 (beli masa sales)

Yang ini pun best, sebab itu saya ada dua moisturizer. Rasa nak guna yang itu, guna yang itu. Rasa nak pakai yang ini, guna yang ini. Korang cuba sendiri, saya tak tipu. KOrang guna sebelum tidur ke, nak keluar rumah ke, ikut suka. Tak ada masalah. 


Penyegar Safi (harga bawah RM10)

Yang ini toner, syaa guna selepas cuci muka semua dah siap, baru saya apply guna facial cotton. Tetapi jujurlah saya cakap, saya pakai toner kalau rajin je. Hahaha!


Sunplay Ultra Shield SPF130 RM40+

Sunplay paling best. Ini botol yang kelima saya guna. Memang bagus pergi Langkawi dok pantai tengah hari buta pun, dia jaga elok kulit kita. Tak burn, inshaAllah. Hari-hari biasa pun saya guna kalau nak pergi kerja ke, keluar siang-siang memang saya guna yang ini sebelum apply foundation.  


Bio Essence 24K Bio Gold Water (Harga tak pasti)

Yang ini ikut suka korang nak cuba atau tak sebab saya pun tak berapa pasti fungsinya. Tapi promoter Guardian beritahu saya, ia berfungsi menutup liang pori. Guna sebelum make up. Lebih kurang seperti serum kot? Tapi memang best, wangi gila!


Mederma RM30-RM40

Paling bagus untuk menghilangkan parut segala parut. Korang kalau ada parut yang teruk itu, boleh cuba tapi ambil masa dua tiga bulan. Jangan ingat nak hilang parut sehari dua saja. Sabar separuh dari iman. Korang sapu pada bahagian parut itu, jangan sapu ikut suka. Yang ini sensitif sikit. 


Garnier Micellear Cleansing Water RM20+

Favourite make up remover saya. Sekali tonyoh je, habis segala mak nenek hilang. 


Purederm Argan Oil Wet Towelettes RM7+ 

Ini punya syok bila remove make up. Tak payah dok tonyoh kuat-kuat, dia keluar habis. Bagus pun bagus, sebab dia ada argan oil. Murah pun murah. Korang nak apa lagi? Hahaha! 



Muka sebelum saya guna barang drugstore 4-5 bulan yang lalu. Dah cuba bermacam-macam cara tetapi tak menjadi. Memang betul kena sabar separuh daripada iman. Bukan senang nak elok, saya ambil masa 4-5 bulan juga nak pulihkan muka dan nak hilangkan semua parut. 



Tadaaa! Kulit mula selepas 4-5 bulan menggunakan barang drugstore. Alhamdulillah walaupun kulit tak macam artis K-Pop. Jangan cepat putus asa, paling penting jangan lupa berdoa. Apa pun takkan menjadi tanpa bantuanNya. Sedikit sebanyak perkongsian dari saya, harap dapat membantu korang semua. Terima kasih. 

Sumber: Shaza Ainaa