'Buatlah kalau nak report, simpanlah gambar² awak tu dalam kubur' - Wedding planner tak puas hati ditegur guna gambar orang lain untuk promote service


"Saya terkejut tengok (ada) orang guna gambar yang saya shoot untuk promote service dia. Bila ditegur, saya pula yang disekolahkan, sebelum dia block saya. Haihh! Hati-hatilah semua," demikian tulis jurugambar perkahwinan, Khairi Aswad semalam di Facebooknya. 

Khairi kesal ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan gambar hak miliknya tanpa kebenaran bagi tujuan peniagaan. Malah, individu berkenaan 'melenting habis' apabila ditegur. 

"Kenapa? Awak kenal ke? Kawan saya. So salah ke? Tak boleh ek? Malay please, bagi tak salah kot? Bukannya ada nama sesiapa pun. Eee," kata individu berkenaan. 

"Gambar ini gambar client saya, saya photographer mereka. You should use your own picture, your own product. Ini macam nak tipu client. 

"Ini gambar saya dan hak milik gambar ini cuma saya dan client saya dan awak boleh cakap tak salah?" soal Khairi. 

"Kalau macam inilah awak berbisnes, tak ke manalah awak. Orang guna picture saya pun, saya tak kisah pun," balasnya. 



Bagaimanapun, perbualan itu terhenti apabila individu berkenaan mengambil tindakan menyekat Khairi dari terus menghubunginya. 

Difahamkan, individu berkenaan bukan jurugambar, tetapi sebagai wedding planner dan dipercayai baru saja berkecimpung dalam perniagaan tersebut, namun menyalahgunakan gambar yang bukan hak miliknya. 

Beberapa rakan Khairi juga cuba menegur individu berkenaan, tetapi gagal apabila mereka turut menerima nasib yang sama. 

Enggan mengakui kesalahannya, individu terbabit kemudian memuat naik status berikut di Facebooknya. 

"Nak tengok tak betapa pandainya kerja-kerja tambah menambah mereka ini? Bagus sekali, saya suka. Ada lagi? Buatlah lagi. Tak apa, saya sabar hari ini, hari kau orang busukkan saya. Tengoklah nanti apa jadi pada kau orang pula. Kau orang jawablah dalam kubur nanti okay," katanya. 


Rakan Khairi, Aizat Mohd Arshad, memberi peluang kepada individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam. Malangnya peluang yang diberi tidak dimanfaatkan, malah dia tidak gentar jika mereka membuat laporan polis terhadapnya. 


"Buatlah kalau nak report. Sudahlah. Simpanlah gambar-gambar awak tu dalam kubur nanti ye," katanya. 

Difahamkan, mangsa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan atas dakwaan menggunakan gambar hak milik merek tanpa kebenaran di bawah jenayah komersial.