'Hek eleh, gambar budak je pun bukannya orang kisah pun' - Tanpa ibu bapa sedar, ada pedofilia yang sedang memerhati


Sudah banyak peringatan dan amaran dikeluarkan, namun masih ada segelintir ibu bapa tidak mengendahkan dan tanpa segan memuat naik gambar anak mereka di media sosial tanpa sedar ada lelaki pedofil yang memerhati. 

Mereka bukan hanya sekadar memerhati, malah mengambil dan menyimpan gambar anak-anak anda. Lebih teruk lagi, mereka membayangkan diri mereka sedang 'bersama' anak anda. Kus semangat!

Sampai bila ibu bapa akan sedar bahawa tindakan memuat naik gambar anak dalam keadaan tidak sepatutnya di media sosial akan mengundang risiko anak menjadi mangsa golongan pedofilia? Hentikanlah segera, selamatkan anak dari menjadi mangsa golongan gila seks ini.

ANCAMAN SEKS PADA KANAK-KANAK. MOHON BACA KHUSUSNYA IBU BAPA, SAYA MERAYU

Ancaman seks pada kanak-kanak. Mohon baca khususnya parent. Saya merayu.

Saat ini, manusia lebih teruk dari binatang. Hari demi hari, kes yang melibatkan rogol, cabul, liwat, raba, ugutan dan sebagainya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Dek kerana agama makin dicekik, manusia sudak muak berkelakuan normal. Ya, hari ini lebih serius bilamana kanak-kanak menjadi ancaman untuk dijadikan pemuas nafsu kepada binatang bertopengkan manusia. Tapi malang, ramai diantara kita masih memandang isu ini remeh.

Di media sosial khususnya, masih ramai ibu bapa yang taksub untuk memuat naik gambar anak-anak mereka dari sekecil bayi lagi. Gambar anak baru lepas mandi, tidak berpakaian, anak tidur, anak bermain, dan boleh kata dari bukak mata sampai mereka tidur, gambar anak-anak semuanya ingin dimuat naik oleh ibu bapa.

Ramai yang berpra-sangka, "heleh, tak pelah, gambar budak-budak je pun, bukannya aurat, bukannya orang kesah pon, chill lah!" Huh.


Tuan puan, sedarlah, dalam keseronokkan kita untuk mengejar like dan pujian nitizen pada gambar anak-anak kecil kita. Wujud lagi ramai manusia bangsat ini yang memerhati anak-anak tuan puan dari jauh untuk dijadikan pemuas nafsu laknat mereka.

Lambakan child pornography hari ini buktinya nauzubillah. Di barat, kes ancaman seks yang melibatkan kanak-kanak makin gila. Kita? Kajian menunjukkan kita kearah itu.

Jadi, untuk penulisan awal ini, saya merayu pada semua khususnya ibu bapa untuk sedar, jagalah anak tuan puan sebaiknya. Kita berada di ambang dunia yang mana isi makhluknya jauh dari agama.

Sebarkan, moga maklumat ini dapat selamatkan masa depan anak-anak kita

Sumber: Aris Farhan