Ibu bapa 'bertuhankan' handphone 24 jam sehingga abaikan anak dan keluarga


Sekarang ini, aku dah jarang update status kecuali ia betul-betul bermanfaat. Hari itu, aku makan malam di sebuah kedai makan. Betul-betul di depan aku ada sepasang suami isteri bersama dua orang anak mereka. Seorang usianya dalam lingkungan 4-5 tahun dan seorang lagi masih bayi, duduk dalam stroller.

Aku terperasan pasangan ini punyalah khusyuk menghadap handphone masing-masing. Anak dia yang berumur 4-5 tahun itu tadi dah tak tentu arah, aku tengok. Mungkin bosan agaknya. Kejap pi kat papa dia, kejap pi kat mama dia, tetapi kedua-duanya sedang 'hanyut' dalam dunia handphone mereka. 

Last-last aku tengok, budak itu dok main tiup air buat buih-buih di atas meja. Entah macam mana air itu boleh tertumpah dan kena pada adiknya. Bagai dirasuk hantu, punyalah marah si mak dan bapa pada budak itu. Siap si mak mencubit budak itu. Kasihan juga aku tengok.

Okey, aku nak tanya korang, siapa yang bersalah dalam situasi ini? 

Kita mesti marah kalau orang kata kita ini 'bertuhankan' handphone. Tetapi hakikatnya itulah kita, 24 jam dengan handphone di tangan. Bangun pagi perkara pertama yang kita buat ialah, ambil handphone untuk periksa Facebook, Instagram, Telegram, WhatsApp bagai. 

Masa kerja pula, kita curi-curi periksa Instagram, kemaskini Facebook, layari laman Lazada, buka lama web itu, buka laman web ini. Kadang-kadang member di tempat kerja rasa pelik sebab kita senyum sendiri di depan handphone sewaktu makan tengah hari. Lebih teruk lagi selepas solat, tak dan zikir dan doa, kita terus layan handphone. Padahal selalu saja kita diingatkan bahawa tiada seruan yang lebih penting berbanding seruan kepada Tuhan. 


Selepas habis bekerja dan masa di rumah pula kita sambung lagi main handphone. Bila isteri dan anak ajak berbual, kita buat acuh tak acuh sahaja. Kita rasa komitmen kepada Facebook, Twitter dan Instagram lebih penting berbanding komitmen kita kepada keluarga. 

Lebh teruk lagi, kita ajar pula anak-anak kita 'bertuhankan' handphone. Anak menangis, kita sua dengan handphone. Anak bosan tak tahu nak buat apa, kita sua dengan handphone. Anak meragam, kita sua handphone. Akhirnya bila data internet habis, kita pula mengamuk pada anak kita. Kita marah kenapa dia tengok YouTube Kids banyak sangat. 

Tapi yang pelik, kita tak marah pula pada diri kita. Sedangkan kitalah yang membentuk mindset mereka sedemikian rupa. 

Aku percaya bahawa satu hari nanti, media sosial seperti Facebook atau Twitter akan jadi 'hierarchy of knowledge' atau 'place of grief and hope' masyarakat kita. Ktia nak anak kita menjadi anak-anak yang cemerlang dan berjaya, tetapi dalam masa yang sama kebergantungan kita kepada handphone adalah lebih tinggi daripada nilai kasih sayang sebuah keluarga. 

Akhirnya aku percaya sebahagian daripada kita dan keluarga kita, boleh ketar tangan kalau sehari tak buka handphone. Aku harap kita tidak sampai ke tahap seperti itu. Harapnya. 

Marilah kita bersama-sama muhasabah diri. Tak ada salahnya teknologi, cuma biarlah ada hadnya. Kalau dah 24 jam kita menghadap handphone, bila masa pula kita nak mengahadap muka isteri dan anak serta bersosial dengan kawan-kawan kita? Takkan nak tunggu sampai anak kita buat karangan syahdu;

"Kerja papa mama hari-hari tengok handphone."

Baru kita nak insaf. Jalan sampai anak kita keluar ayat, "lebih baik aku jadi handphone. Mak ayah aku lebih menghadap handphone berbanding aku anak dia.

Sehari kita ada 24 jam. Apa kata kita peruntukkan sedikit masa, contohnya waktu makan atau waktu senggang selepas maghrib atau lepas anak siap buat kerja sekolah. Kita buang sekejap handphone dan luangkan 'Quality Time" bersama anak dan keluarga. Detik masa bersama mereka adalah lebih penting berbanding berjam-jam masa yang kita bazirkan untuk menghadap handphone. 

Jom kita bersama-sama muhasabah dan ubat sikit tabiat, sikit-sikit nak tengok handphone, sikit-sikit nak tengok handphone.

Ibu bapa 'bertuhankan' handphone 24 jam sehingga abaikan anak dan keluarga Ibu bapa 'bertuhankan' handphone 24 jam sehingga abaikan anak  dan keluarga Reviewed by Editor on 3:09 PM Rating: 5