'Kebabian apakah ini? Belajar tinggi-tinggi kat universiti tapi parking 3 layer' - Student IPT


Viral di media sosial video seorang pelajar IPT kesal dengan tindakan tidak bertamadun dan mementingkan diri segelintir pelajar di universiti meletakkan kenderaan mereka sehingga menghalang laluan untuk keluar. 

Video yang dimuat naik oleh Amirul Azman itu dikatakan berlaku pada pagi semalam di UiTM Puncak Alam. 

"Kebabian apakah ini? Parking tiga layer. Bodohnya lah masyarakat. Belajar tinggi-tinggi kat universiti," katanya dalam video tersebut. 

Menurut Amirul, pemilik kenderaan yang menghalang laluan mereka langsung tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi. 


Difahamkan, Amirul dan rakan-rakannya hanya dapat keluar dari kawasan tempat letak kereta itu di sebelah petang dan mujur mereka juga ada kelas pada petang itu. 

Menurut Miera Zainuddin pula, kawasan tempat letak kereta yang ditunjukkan dalam video tersebut sememangnya tempat letak kereta khas untuk pelajar. 

"So memang kadang-kadang wujud kebodohan semasa parking. Hahaha! Belum tengok lagi parking yang redha bumper nak kena sagat. 

"Ada garisan tapi cuma di bawah. Ini bahagian parking atas. Well, bila ada garisan memang susah dapat parking. Itu yang terdesak parking di mana-mana saja. Hahaha," katanya.



Sementara itu reaksi netizen:

"Video ini mengajar kita yang belajar di universiti belum tentu menjamin yang kita ini pandai. Orang tak masuk universiti pun lagi pandai parking kereta," - Fadli Alee.

"Inilah orang belajar tinggi-tinggi tapi tak apply kepandaian dalam everyday life." - Afiq Muazam.