Kecewa ditinggalkan kekasih, ibu muda ini buang bayinya dari tingkap tingkat 17


PATTAYA, THAILAND - Seorang wanita berusia 20 tahun mengaku telah membuang bayinya yang baru saja dilahirkan dari tingkap rumahnya di tingkat 17 kerana terlalu kecewa ditinggalkan teman lelakinya, lapor Daily Mail. 

Netchanok Nokyungtong, 20, dalam keterangannya kepada polis berkata, hati dia hancur apabila teman lelakinya, Kim, 40, meninggalkannya dan kembali kepada isteri dan keluarganya di Korea Selatan, selepas dia memaklumkan bahawa dirinya mengandung.

Nokyungtong dilaporkan telah melahirkan bayi lelakinya di rumah pada waktu petang, Selasa. Selesai bersalin, dia kemudian membungkus bayi lelakinya itu dalam satu beg plastik berwarna hijau dan membuangnya dari tingkap bilik.



Menurut seorang saksi yang juga merupakan penduduk di pangsapuri berkenaan, dia ternampak sebuah objek besar terjatuh ke bawah melepasi tingkapnya di tingkat empat dan terhempas ke tanah dalam sekitar jam 5 petang. 

Curiga dengan objek itu, saksi kemudian berlari turun ke bawah untuk memeriksa beg plastik itu. Alangkah terkejutnya apabila dia menemui mayat bayi lelaki di dalam beg plastik, lalu segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian itu.  

Bertindak di atas panggilan saksi, polis kemudian menghantar anggotanya ke tempat kejadian dan mendapati mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa. 

Polis kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum menahan Nokyungtong yang mengaku telah membuang bayinya dari tingkat 17. 

Siasatan awal mendapati, Nokyungtong bertindak demikian kerana kecewa dengan teman lelakinya yang telah meninggalkan dia setelah mengetahui dirinya mengandung dan kembali ke pangkuan keluarganya di Korea Selatan. 





Ketua Polis Pattaya, Kolonel Apichai Khemphet berkata, Nokyungtong dalam keterangannya  mengaku membunuh bayinya dan akan didakwa setelah siasatan selesai dan kesemua bukti diperolehi. 

"Teman lelaki dia merupakan warganegara Korea Selatan dan sudah berkeluarga. Namun setelah Nokyungtong memaklumkan bahawa dirinya mengandung, Kim menyuruhnya menggugurkan saja bayi itu dan telah meninggalkan dia dan kembali ke pangkuan isteri dan keluarganya di Korea Selatan.

"Cik Netchanok Nokyungtong bersalin di dalam bilik air, di mana ada kesan darah ditemui di lantai. Wanita itu menjelaskan dia bersalin secara tiba-tiba dan ketika itu dia masih belum bersedia untuk menyambut kelahiran bayinya, malah dia tidak mempunyai wang untuk menyara bayinya. 



"Nokyungtong kemudian meletak bayinya yang sihat itu dalam satu beg plastik dan membuangnya keluar dari tingkap. Akibat perbuatannya itu, mangsa maut serta-merta di tempat kejadian. Namun ibunya langsung tidak bersedih dengan tindakan kejamnya itu. 

"Dia telah dibawa ke hospital untuk diperiksa dan akan kekal dalam tahanan polis untuk didakwa di mahkamah," katanya.
Kecewa ditinggalkan kekasih, ibu muda ini buang bayinya dari tingkap tingkat 17 Kecewa ditinggalkan kekasih, ibu muda ini buang bayinya dari tingkap tingkat 17 Reviewed by Editor on 8:43 PM Rating: 5