Lelaki pakai kostum pengebom berani mati, penduduk buat laporan polis


KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki berpakaian seperti pengebom berani mati ketika menghadiri parti di Damansara Perdana pada 28 Oktober lalu, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki terbabit dilihat menaiki lif di sebuah kondominium untuk menghadiri parti Halloween. 

Tindakan lelaki itu menimbulkan rasa bimbang penduduk setempat kerana berpakaian sensitif terhadap pandangan umum. 

"Polis menerima laporan daripada penduduk di kawasan berkenaan semalam. Siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan berkemungkinan dari negara Arab atau India berdasarkan perwatakan dan gambar yang diberikan penduduk. 

"Suspek kini giat dikesan," katanya. 

Justeru, Mohd Zani meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. 


Sementara itu di media sosial, netizen tidak menolak kemungkinan bahawa lelaki terbabit cuba meniru seorang selebriti YouTube, Jalal, yang seringkali memakai pakaian seperti itu untuk melakukan 'prank' pada orang awam. 

Lelaki pakai kostum pengebom berani mati, penduduk buat laporan polis Lelaki pakai kostum pengebom berani mati, penduduk buat laporan polis Reviewed by Editor on 8:40 PM Rating: 5