Main cinta dengan isteri orang, lelaki diculik dan dibunuh


Seorang lelaki dipercayai diculik sebelum dibunuh dan mayatnya ditanam di sebuah tanah perkuburan bukan Islam di Ladang Sega Siliau, lapor Sinar Harian. 

Mangsa yang berusia 29 tahun itu dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang secara senyap-senyap. 

Bagaimanapun, hubungan si isteri dan lelaki itu dapat dihidu oleh si suami yang berusia 29 tahun lalu bertindak menculik dan membunuh mangsa sebelum ditanam. 

"Mangsa didapati hilang semenjak dua bulan lepas. Isteri suspek dipercayai telah menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa. 

Bagaimanapun hubung mereka dapat dihidu suami wanita itu sebelum bertindak menculik mangsa," kata sumber. 

Berikutan kejadian itu, suspek dan isterinya telah ditahan reman untuk membantu siasatan. 

Suspek juga telah dibawa ke tempat mayat mangsa ditanam pada jam 5 petang semalam dan kerja-kerja penggalian telah dilakukan untuk melengkapkan siasatan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, siasatan masih dijalankan.