'Melihat anak ini solat buat air mata membasahi pipi, terkenang diri bila berusia 7 tahun'


Alhamdulillah dan tahniah kepada ibu bapa kanak-kanak ini yang mendidikan anak mereka menegakkan tiang agama. Semoga Allah kurniakan petunduk dan hidayahNya kepada kita semua. 

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik si ibu menemani anaknya sehingga ke dalam surau atau di depan pintu surau. Ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan banyak kes yang tidak diingini berlaku. Semoga kita semua dipelihara di bawah lindungan dan rahmatNya.

SAYA singgah sebentar di stesen Petronas maghrib tadi untuk dirikan solat maghrib. Selesai saja solat tengah pakai tudung, ada seorang anak kecil yang sebaya dengan anak saya, Rara, masuk ke dalam surau. Dia cabut stokin dan tudung, terus berwudhuk. Kemudian dia pakai semula tudung dan stokin, bersedia nak solat. Saya sempat berbuat seketika dengan dia. 

Aunty: Adik sorang je ke?

Anak: Ya aunty. Mama dalam kereta kat luar sebab mama tak boleh solat

Aunty: Berani ke ni solat sorang?

Anak: InsyaAllah berani aunty. Kenapa aunty?

Aunty: Kalau tak berani aunty teman.

Anak: Takpe aunty.

Aunty: Okay solat cepat sayang.

Anak: Baik aunty.

Saya bercadang untuk menunggu sehingga dia selesai solat maghrib. Geraknya penuh tertib. Ada toma'ninah dan sempurna solatnya. Air mata membasahi pipi apabila saya terkenang kembali diri saya ketika berusia tujuh tahun. 

Ya Allah, ampunilah aku. Kau rahmati anak ini dan jadikan dia ahli syurga firdaus Mu. Aameen. 

Selepas dia siap berdoa, saya pegang tangan dia dan pimpin dia kembali ke kereta keluarganya. Ibu dia membuka tingkap kereta dan bertanya,

Mother: Kenapa puan?

Aunty: Ouh. Tak ada apa kak. Saya saja nak menghantar anak akak ke kereta sebab saya nak tengok wajah ibunya.

Mother: Ouhhh. Terima kasih puan.

Aunty: Tahniah kak, berjaya mendidik anak akak agar menegakkan tiang agama.

Mother: MasyaAllah Alhamdulillah puan, trima kasih bawa anak saya ke kereta.

Aunty: Sama-sama. Semoga Allah rahmati akak di dunia dan akhirat kak.

Mother: Semoga Allah juga merahmati puan sekeluarga.

Moral of the story, kalau anda yang baca status ini dan anda tidak menjaga solat, marilah kita perbaiki diri dan menjaga solat kita. Mudahan solat itu akan menjaga kita. #notetomyself