Nak jadi 'PTD' kena lalui 4 peringkat ini


Kepada yang berminat menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), baca perkongsian tips dari saudara Ayman Rashdan Wong ini. Serba sedikit  mampu menyiap siagakan anda untuk memahami dan berhadapan dengan proses temuduga sebagai PTD. Semoga bermanfaat! 

RAMAI yang akan menduduki exam online PTD lusa. Selaku PTD paling dibenci di Malaysia, tentulah saya menerima banyak mesej inbox bertanyakan tips untuk menghadapi exam dan prosedur menjadi seorang PTD.

Saya tak larat nak jawab satu-satu, jadi post ini dibuat sebagai rujukan bagi mereka yang sudah bertanya, baru bertanya atau malu bertanya.

Nak jadi PTD kena melalui 4 peringkat:

1. PEPERIKSAAN ONLINE

Untuk exam ni tiada tips sangat. Yang penting anda ada kabel kuat. Maksud saya, kabel internet yang stabil supaya anda dapat menjawab dengan tenang dan yakin. Jangan lupa bayar bil WiFi, dan kalau nak jawab kat kafe siber pilihlah yang ada strong connection, contohnya CC yang ada ramai orang main DOTA. Kalau kabel tak kuat, naya wey kang jawab separuh terputus line.

Exam online ni ada 2 seksyen. Soalannya umum saja, tak perlu membazir duit beli panduan dan pakej rujukan exam online PTD yang harganya cecah RM40 tu.

Seksyen A adalah pengetahuan am, kena jawab 50 soalan dalam 40 minit. Soalannya lebih kurang macam subjek Pengajian Am atau Pengajian Malaysia. Kena tahu serba sedikit tentang dasar dan program kerajaan (NEM, TN50, RMK11, DSTIN, Dasar Teknologi Hijau, Pelan Pembangunan Pendidikan, Visit Malaysia Year, NBOS, DFTZ dan lain-lain), fungsi dan peranan komponen kerajaan (bidang kuasa kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, jenis dan fungsi mahkamah, fungsi parlimen dan lain-lain), pengetahuan hubungan antarabangsa (negara mana pengerusi ASEAN tahun ni, bila Malaysia menganjurkan CHOGM dan APEC, apa itu CEDAW, apa itu UNFCCC dan lain-lain) dan isu-isu semasa.

Jangan ingat nak Google nanti, anda tak akan ada masa punya. Kalau anda jenis rajin membaca berita nasional, insya Allah selamat.

Seksyen 2 pasal penyelesaian masalah, atau soalan logik dan matematik. Jangan risau, tak ada soalan pasal algebra atau trigonometric functions. Soalannya lebih kepada "Faysal ada 10,000 buku, beliau jual 5,000 buku dan beli balik 1/4 daripada 1/50 buku-buku tersebut, berapa banyak buku yang beliau miliki sekarang?"

Soalan tak susah, tapi masa nak jawab suntuk, kena jawab 40 soalan dalam 45 minit. Kalau rasa soalan susah, skip dulu, lepas selesaikan yang lain baru patah balik.

2. PROGRAMME ASSESSMENT CENTRE (PAC)

Sekira berjaya dalam exam, dalam masa 2-3 bulan anda akan dipanggil untuk menghadiri PAC selama 2 hari. Anda akan disaring berdasarkan kebolehan pengucapan awam, debat, kualiti kepimpinan dan kecerdasan fizikal. Banyak kerja kumpulan, tapi jangan sebab nak tunjuk leader punya pasal anda jadi kiasu. Selalunya penilai lebih suka orang yang matang dan moderate, bukan jenis pandai tapi gila kuasa dan poyo.

Ujian fizikal termasuk larian 2.4 km dalam 12-15 minit. Kalau anda fit boleh je habiskan dalam 5 minit. Jaga BMI, kalau anda jenis overweight silalah berdiet dan workout mulai sekarang.

3. TEMUDUGA

Kalau anda melepasi PAC, maka sampailah peringkat interview. Interview untuk apa-apa kerja prinsipnya sama saja, jadi pandai-pandailah nak jawab dan impress. Soalan tak lari daripada pengalaman kerja dan kenapa nak jadi PTD. Cara duduk, cara letak beg, cara bagi resume, gaya masuk bilik temu duga semua dia orang tengok. Jadi silalah belajar cara menutup pintu tanpa sebarang bunyi dan cara duduk yang tegak dan segak.

Kekadang dia test knowledge juga. Waktu saya ditemu duga (awal 2013) panel tanya pandangan saya pasal pelantikan semula Obama dan kesannya terhadap Malaysia. Apa lagi, saya kasi tapau lah.

4. DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM (DPPA)

Kalau berjaya dalam temu duga, maka anda akan diterima sebagai kadet PTD, belum jadi PTD lagi. Anda perlu mengikuti kursus DPPA selama 10-12 bulan di satu tempat misteri bernama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Di INTAN anda akan didedahkan kepada selok-belok perkhidmatan awam, dari kewangan, sumber manusia, ekonomi, diplomasi, keselamatan, pembangunan, pengurusan projek hingga ke pengurusan majlis dan protokol, anda akan diajar dan diuji.

Dan ada juga modul luar seperti polis, tentera, bomba, program anak angkat, Outward Bound School dan lain-lain. Tentera? Polis? Kenapa dahsyat sangat? Tujuannya memang adalah untuk torture anda, supaya anda boleh buang ego diri tu jauh-jauh dan juga untuk buat anda tahan lasak dan tahan stress, dan pada masa yang sama untuk membentuk disiplin anda dan membina empati anda terhadap pasukan beruniform, orang kampung dan lain-lain lapisan masyarakat.

Dan kalau anda tak perform sepanjang kursus, kebarangkalian besar anda tidak akan dilantik sebagai PTD. Namun begitu, janganlah anggap batchmate anda tu sebagai pesaing dan musuh. Penting untuk menjaga silaturrahim sesama lain kerana batchmate ni akan jadi aset penting anda semasa berkhidmat nanti.

5. MENJADI SEORANG PTD

Selepas tamat DPPA, barulah anda akan menerima watikah pelantikan dan digelar sebagai seorang PTD. Tak semestinya anda akan ditempatkan di kementerian yang diidamkan. Tak perlu memilih sangat, kerana semua kementerian ada pros and cons dia, dan anda boleh minta tukar kelak.

Itu baru permulaan. Kalau anda masuk perkhidmatan pada umur 25 macam saya ni, jauh lagi perjalanan, ada 35 tahun sebelum bersara. Tapi itu pun kalau anda masih kekal passion dan patience sebagai penjawat awam. Sentiasa ingat apa tujuan asal anda nak jadi PTD agar tidak lost separuh jalan.

Akhir kata, kunci kepada kejayaan ialah virtù dan fortuna. Bertawakal je lah kalau anda dah berusaha. Semoga berjaya.

Nota: ini adalah pandangan peribadi. Untuk maklumat yang lebih sohih dan up-to-date, sila merujuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Nak jadi 'PTD' kena lalui 4 peringkat ini Nak jadi 'PTD' kena lalui 4 peringkat ini Reviewed by Editor on 10:39 PM Rating: 5