Nenek berusia 88 tahun tinggal seorang diri dalam hutan tanpa bekalan elektrik dan air


JERANTUT, PAHANG - Sayu hati melihat keadaan seorang wanita warga emas tinggal seorang diri di rumah yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. 

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Ariff Hirwant pada 1 November lalu viral di Twitter dengan begitu pantas dan kini telah diretweet lebih dari 15,000 kali. 

"Seorang nenek yang tinggal seorang di tengah hutan tanpa bekalan elektrik dan air di Kampung Che Awas, Jerantut, Pahang.  Anak dia seorang dah kahwin. Semenjak sudah berkahwin, langsung tak ada datang untuk tengok mak dia ini. Yang seorang lagi menetap di kawasan berhampiran tetapi barang bantuan nenek ini semua anak dia yang ambil. 

"Cucunya hisap dadah tu barang nenek ini semua habis kena curi (seperti yang diceritakan nenek itu kepada Ariff). Di rumah nenek ini, anak dia seorang, cucu dia seorang. Masalahnya bila dah jadi viral, tiba-tiba yang call saya semua mengaku cucu kepada nenek ini. 









"Saya tengah mengumpul dana untuk membaiki atap zink rumahnya sebab musim hujan ini, nenek ini bertadahkan payung saja dalam rumah, sebab atap bocor. 

"Alhamdulillah, setakat ini tenaga kerja tak perlu dirisaukan kerana kami ramai. Dari segi barang keperluan pun so far dah ramai juga yang bank in. Murah rezeki nenek ini. 


"Orang kampung pun tak tahu di mana rumah nenek ini. Aku main masuk saja tapi kena offroad la, then jalan kaki baru jumpa. Ini jalan ke rumah nenek itu. 

Soalan dari Fatin Nuraiin: "Macam mana boleh tahu yang ada orang duduk di tengah-tengah hutan dan laluan nak masuk ke situ? Ada orang lapor eh? Hm, kesian gila makcik ni. Dia makan apa?" 

"Info dari orang kampung. Makan nasi la (haha). Nenek ini selalu keluar bandar jalan kaki. Dia lari dari Indonesia, sejak dari zaman 1960 lagi dia dah duduk di situ. Dia tak nak duduk tempat lain, dia nak duduk tanah dia katanya.

"InshAllah segala sumbangan dari warga Twitter saya akan pastikan nenek ini cukup sumber dari segi makanan minuman dan rumahnya. 

Soalan Milio: "Tak ada orang kampung tolong ke?"

"Orang kampung pun tak tahu di mana rumah dia. Orang kampung cuma tunjuk jalan yang dia selalu lalu. Then kitorang gamble saja sebab nampak laluan jalan kaki itu sampailah terjumpa rumah dia. 

"Dia mandi menggunakan air tadahan. Elektrik memang tak ada. Dia guna pelita, takpun lilin. Umur dia dalam lingkungan 70/80 begitu," katanya. 

Bagaimanapun dalam perkembangan terkini, warga emas berkenaan dikenali sebagai Tuinah Da'an dan berusia 88 tahun. 


Susulan viral gambar-gambar tersebut, ramai yang tampil untuk membantu Ariff dalam menjayakan misi membantu warga emas berkenaan. Barang-barang keperluan dapur juga diberi dan difahamkan Ariff masih memerlukan sumbangan ikhlas dari orang ramai bagi menggantikan atap zink rumah itu dianggarkan sebanyak RM4,500 (jumlah terkumpul pada waktu ini RM3,000). 




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ariff Hirwant di akaun Twitternya. Semoga ramai yang tampil menghulurkan bantuan dan semoga urusan Ariff dan pasukannya dipermudahkan. 
Nenek berusia 88 tahun tinggal seorang diri dalam hutan tanpa bekalan elektrik dan air Nenek berusia 88 tahun tinggal seorang diri dalam hutan tanpa bekalan elektrik dan air Reviewed by Editor on 4:59 PM Rating: 5