'Siapa yang cakap gaji saya RM1,000? Gaji saya RM10,000' - Bodyguard Dato' Aliff Syukri


Baru-baru ini, jutawan kosmetik, Dato Aliff Syukri Kamarzaman didakwa membayar gaji pengawal peribadinya sebanyak RM1,000 sahaja, menyebabkan beliau dikecam netizen di media sosial. 

Betul ke dakwaan itu? RM1,000 itu di bawah gaji minimum di Semenanjung Malaysia. 

Bagaimanapun, Aliff Syukri tampil menafikan dakwaan yang tidak berasas itu dan meminta mereka yang tidak tahu cerita, jangan memfitnah sesuka hati. 


"Harap je nama lelaki, tetapi mulut macam betina! Sesuka hati korang je kan mulut yang mengata saya macam longkang. 

"Kalau tak tahu kebenaran, please jangan memfitnah, nanti jatuh berdosa. Esok bodyguard saya datang, saya mengadu dengan dia," katanya di Instagram. 

11 jam yang lalu, Aliff memuat naik gambar video penjelasan pengawal keselamatannya bernama Joe, di Instagram, sekaligus menafikan semua dakwaan karut dari netizen yang tidak bertanggungjawab. 

"Siapa yang cakap tu, diorang tak tahu apa-apa. Background abang Joe diorang tak tahu. Abang Joe ni bekas ADC Kerabat. Sekarang ni gaji Abang Joe termasuk elaun semua, lima angka," katanya yang enggan mendedahkan jumlah sebenar. 


Tetapi Aliff mendesak pengawal keselamatannya memberitahu saja angka sebenar kerana geram dengan tindakan individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah memfitnahnya sebelum ini. 

"RM10,000. Semua RM10,000," kata Joe.