Suspek tendang kakitangan BNM sebab tak puas hati


KUALA LUMPUR - Susulan kejadian seorang wanita ditendang ketika berjalan di jejantas dari Bank Negara Malaysia (BNM) menuju ke Jalan Raja Laut, suspek telah ditahan kira-kira jam 11 malam tadi, lapor Harian Metro

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan ketika bersendirian di perhentian bas di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh. 

Siasatan mendapati, motif suspek menyerang mangsa yang merupakan penganalisis BNM pada kejadian Isnin lalu dipercayai akibat tidak puas hati dengan mangsa dalam urusan dengan organisasi berkenaan sebelum ini. 

"Kami tidak pasti sama ada suspek mengalami maslaah mental atau tidak. Namun dia didapati bersikap panas baran yang dipercayai mendorong dia melakukan jenayah itu. 

"Semakan rekod terhadap suspek juga mendapati lelaki itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan ugutan, khianat dan mendatangkan kecederaan. 



"Suspek juga pernah ditahan atas kesalahan sama sebelum ini dan dibebaskan pada Julai lalu kerana menyerang kakitangan BNM," katanya. 

Suspek akan direman dan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

BERITA BERKAITAN:
Suspek tendang kakitangan BNM sebab tak puas hati Suspek tendang kakitangan BNM sebab tak puas hati Reviewed by Editor on 2:57 PM Rating: 5