Video sekitar Majlis Pernikahan Fattah Amin dan Fazura ditonton lebih 2 juta kali


Semalam Fattah Amin dan isterinya Nur Fazura, memuat naik video majlis pernikahan mereka yang diadakan secara tertutup di akaun Instagram masing-masing, membuatkan para peminat dan followers mereka teruja.

Tiga video yang dimuat naik dalam tempoh tujuh jam itu telah ditonton lebih 2 juta kali dan para peminat dan followers termasuk rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan berkenaan.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, malam kelmarin. 

Nur Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Fattah Amin hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya.