'Aku dah terkinja-kinja macam monyet, itu pun tak bersyukur' - Sajat terkilan dimarahi Aliff dan redha jika digantikan dengan orang lain


Semalam, Nur Sajat atau lebih dikenali sebagai Sajat, memuat naik dua video yang menunjukkan dirinya menangis selepas dimarahi Dato' Aliff Syukri kerana tidak pandai menari. 

Video yang dimuat naik turut disertakan dengan kapsyen berikut:

"Saya ada perasaan. Selama ini walaupun saya dikecam, tetapi tidak secara berdepan. Kurang sikit rasa sedih. Tetapi kali ini entah kenapa hati saya rasa sedih dan terguris. 

"Saya sudah cuba bagi yang terbaik. Bila kita dah bagi all out, ada saja insan-insan yang tidak berpuas hati.

"Tak apalah. Apa pun saya dah bagi 100% komitmen. Harap pihak di sana menghargai komitmen saya.  Tak apalah kalau ada orang yang lebih baik, saya tak kecil hati. Saya tak boleh puaskan hati semua orang," tulisnya. 

A post shared by NUR SAJAT TISHRIN (@nursajat02) on

"Dimarahnya aku, tau tak. Aku tak larat lah, bosan. Dah lah aku penat datang sini. Aku dah kata, tak payah beria-ria. "

A post shared by NUR SAJAT TISHRIN (@nursajat02) on

"Aku dah terkinja-kinja macam monyet semua, itu pun tak bersyukur. Lepas tu macam ni jadinya. Macam-macam, standby pukul lapan pagilah. Huhuhuuu, mana tisu? Dia marah aku depan orang ramai, macam aku takde perasaan."


Terdahulu, Dato' Aliff Syukri memarahi Sajat kerana tidak pandai menari ketika menjalani rakaman muzik video lagu Abang Nak Tegur, nyanyian jutawan kosmetik itu. 

Terkilan dengan tindakan Aliff, Sajat juga memuat naik kenyataan bahawa dia sedih dan ingin segera pulang ke Malaysia.



Sementara itu di media sosial, netizen masih enggan percaya dengan 'drama' itu dan percaya itu semua hanyalah gimik semata-mata bagi mengaburi netizen. 

BERITA BERKAITAN: