Bayi berusia 4 bulan lebam muka dan patah paha disebabkan pengasuh

Loading...

Seorang bayi berusia empat bulan lebam di muka dan patah paha dipercayai disebabkan kecuaian pengasuh. 

Bapa saudaranya yang dikenali sebagai Cekgu Jie melalui Facebooknya mendedahkan, doktor mengesahkan paha mangsa patah dua. 

"Anak sedara ambo baru saje berusia empat bulan tapi diperlakukan dengan penuh kejam sehingga lebam muka dan patah paha. 

"Tidak dapat dibayangkan apa yang dilalui oleh bayi ini sehingga patah paha. Apa salah bayi yang baru mengenal dunia selama empat bulan? 

"Menangis dari petang sampai ke malam sehingga tiada suara. Cuba merayu-rayu tanpa suara. Cuba mengharapkan pertolongan Umi dan Abinya sehingga kakinya membengkak kebiruan. 

"Akhirnya doktor mengesahkan paha anak kecil ini patah dua. Azabnya Ya Allah," tulisnya. 

Cekgu Jie juga dimaklumkan bahawa, mangsa berkemungkinan tidak boleh berjalan sempurna seperti kanak-kanak yang lain. 

Ibu bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk dirawat. 


Difahamkan, keluarga mangsa sedang mencari khidmat guaman untuk membawa kes itu ke mahkamah, malah mereka berharap pihak polis menjalankan siasatan yang adil dan mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan. 

Justeru, Cikgu Jie menasihatkan ibu bapa di luar sana berhati-hati dan menyelidik pengasuh anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.