'Fathia masih mentah, belum sampai tahap Primadona untuk bersuara' - Azwan Ali

Loading...

Azwan Ali menyifatkan tindakan Nur Fathia Latiff memuat naik kenyataan berunsur politik yang menghentam kerajaan sebagai masih mentah dan belum sampai ke tahap primadona untuk bersuara. 

Azwan berkata, tidak salah sekiranya seseorang artis itu mahu bersuara, tetapi biarlah berpada-pada selain menilai diri dan pencapaian dalam industri seni. 

"Dia siapa? Siapa pelakon Malaysia yang hebat? Erra Fazira lah. Ini Erra Fazira yang primadona itu pun diam saja. 

"Saya bukan dengki dengan dia tetapi bukan masa dia nak bercakap. Dia budak baru sangat. Ke dia nak mencari populariti?" katanya memetik laporan dari portal mStar Online

Dalam masa yang sama, Azwan turut menasihatkan Fathia yang digambarkannya masih berhingus itu memantapkan kerjaya lakonannya terlebih dahulu sebelum bersuara. 

"Itulah kau dik, bak kata Dira pergi belajar berlakon kan? Kau sibuk nak perjuangkan politik. Lepas itu kau meroyan bising dapat peluru. Pergi buat Bigo Live lah bahagian dua," katanya menyindir Fathia. 



Terdahulu, Azwan Ali mengakui dia adalah dedak dan macai UMNO nombor satu dan meminta orang ramai tidak mempersoalkan berapa yang dia perolehi untuk bersama parti itu. 

Azwan juga mendakwa dia beralih arah kepada UMNO kerana usahanya berkempen dengan abangnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, telah menyebabkan media memboikotnya sehingga dia sukar mencari pekerjaan. 

BERITA BERKAITAN: