'Ia bukan kemenangan kepada Cikgu Azizan, tapi amaran keras kepada semua guru' - Netizen puji teguran 'deep' dan 'sarcasm' dari pesara polis ini

Loading...

Teguran seorang penjawat awam yang telah bersara mengenai isu Cikgu Azizan, menarik perhatian netizen. Kenyataan yang dibuat oleh Mohamad Asri A.Bakar mengenai beberapa isu semasa juga pernah viral di media sosial. 

Mohamad berkata, Cikgu Azizan dilepaskan tanpa dibebaskan bukanlah satu kemenangan, tetapi ia merupakan amaran keras terhadap golongan warga pendidik untuk berpada-pada dalam tindakan mereka. 

"Di mahkamah, bekas tentera itu tarik balik saman terhadap Cikgu Azizan. Ia bukan kemenangan pun kepada Cikgu Azizan. Tetapi ia lebih merupakan amaran keras kepada semua guru, jangan nak buat kerja berlebihan. 

"Ada murid nakal dan jahat, cikgu buat laporan bagi kepada Guru Besar, salinan BPD. Buat satu salinan dan simpan dalam fail. Kemudian lantak dia. 

"Bila masuk ke kelas, tanya budak itu, nak belajar atau tidak? Kalau tak nak, keluar dan duduk di kantin. Nescaya (akan) selamat berpencen sebagai Guru Pakar, Guru Besar, Pegawai BPD. Tak payah nak acah-acah tegas sebagai guru disiplin. 

"Kalau semua budak-budak jadi baik, siapa pula nak togok air ketum, industri orang Melayu? Siapa pula nak mentekedarah dadah bertan-tan itu?  (sarcasm)



"Anak aku 11 tahun, pernah balik cakap kat mak dia, dia kena sepak dengan cikgu. Aku suruh dia tunjuk macam mana cikgu sepak. Selepas dia buat demo, aku cakap,

"Itu bukan sepak, tu tampor manja. Nak rasa sepak, meh abah tunjuk"

"Elok aja 7A anak aku tu. Tapi aku polis pencen la." tulisnya.