Lebih 4 jam menunggu, bapa murid tak muncul di lokasi sidang media

Loading...
Lebih 20 ahli media menunggu kehadiran bapa kepada murid terbabit dalam kes pendakwaan Cikgu Azizan, di lokasi sidang media yang dijanjikan. Malangnya, kelibat lelaki itu tidak kelihatan, lapor Berita Harian.

Difahamkan, lelaki yang enggan namanya disiarkan itu semalam memberitahu wartawan untuk bertemu di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak antara jam 9.30 pagi hingga 10 pagi. hari Rabu. 

Lebih 20 ahli media yang menunggu di lokasi berkenaan seawal jam 9 pagi dan telah menunggu lebih dari empat jam terpaksa pulang dengan hampa apabila lelaki itu mengubah fikirannya dan alasan yang diberikan keluarganya masih tertekan dengan keadaan semasa. 

Semalam, Mahkamah Majistret Seremban membebaskan tanpa melepaskan Cikgu Azizan atua nama sebenar, Azizan Manap, 44, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Semarak, dari pertuduhan mencederakan muridnya dalam kejadian April lalu. 

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan menerima arahan dari Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan. 

Cikgu Azizan semalam lega dan rasa bersyukur dengan keputusan mahkamah dan menyatakan dia tidak akan berdendam dengan anak muridnya itu. Malah dia mendoakan muridnya itu menjadi seorang anak yang baik dan manusia yang berguna. 

BERITA BERKAITAN: