Makan uri boleh cantik, gebu, tingkat tenaga dan kurangkan meroyan? Jangan!

Loading...

Uri atau plasenta adalah organ yang dibentuk dalam rahim. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin bertujuan untuk pengamilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu, ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu agar dapat dibuang dari tubuhnya.

Ada masyarakat percaya bahawa uri haruslah dimakan kerana percaya amalan itu boleh menyihatkan dan banyak produk kesihatan manusia dibuat dari uri manusia. Namun begitu, Ula mengharamkannya kerana sifat uri itu sendiri adalah najis. Uri dikira sebagai organ yang telah mati dan hukumnya najis.

Baca penjelasan dari Doktor Afida Sohana berkenaan amalan memakan uri yang tidak mendatangkan faedah, sebaliknya berbahaya kepada bayi.

MAKAN uri atau plasenta untuk cantik, gebu, tingkatkan tenaga dan kurangkan meroyan? Jangan!  Kenapa doktor tak sarankan makan uri? 

Makan uri dipanggil 'placentophagy'. Ia bukan benda baru. Dalam sejarah manusia, ada dua puak yang mengamalkannya. Kononnya dengan memakan uri boleh mencantikkan, meningkatkan tenaga dan penghasilan susu serta mengurangkan risiko meroyan. 

Ini mitos kerana tiada bukti bagi menyokong semua amalan ini. 

Pokok pangkalnya, tiada bukti yang menunjukkan makan uri itu boleh membawa kebaikan. Malah, telah ada wujud kes yang menunjukkan keburukan makan uri.

Makan uri boleh menyebabkan infeksi kepada bayi. Centre of Disease Contral (CDC) telah mengeluarkan amaran setelah ada bayi didapati mendapat infeksi dari si ibu yang memakan uri. Sila rujuk SINI.





Menurut Doktor M Izhar Ariff dari Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (excerpt from interview by Berita Harian), adalah haram untuk makan uri, malah uri dikategorikan sebagai najis.