Najib adalah PM terbaik, lebih bijak menghulurkan bantuan kepada rakyat - Exco Wanita UMNO

Loading...

Exco Wanita UMNO, Datuk Jamelah Abu Bakar menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin terbaik jika dibandingkan dengan barisan pemimpin terdahulu, lapor Sinar Harian

Jamelah berkata, Najib merupakan seorang pemimpin yang sentiasa melakukan ihsan dan menghulur bantuan kepada rakyat, yang tidak boleh ditandingi mana-mana pemimpin termasuk pemimpin pembangkang. 

"UMNO sudah memerintah negara ini sejak lama daulu dan sudah banyak yang kita lakukan untuk rakyat. Najib adalah perdana menteri terbaik," katanya.

Mengulas mengenai sikap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, yang sering menghentam Najib, berkata, Ahli Parlimen Pekan itu hanya meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Mahathir, malah beliau sangat bijak melakukan penambahbaikan bagi menyokong keperluan ekonomi rakyat. 

"Memang kita akui, Mahathir telah banyak berjasa kepada negara dan kita hormati beliau. 

"Mahathir sepatutnya menyokong apa yang dilakukan Najib kerana beliau sendiri yang meletakkan asas yang kukuh di negara ini," katanya. 

Dalam masa yang sama, Jamelah juga berharap Mahathir pada suatu hari nanti akan reda dengna legasi yang diteruskan Najib. 

"Najib telah mewujudkan TN50 yang mana ia bakal memberi manfaat kepada anak cucu kita nanti. 

"Pada 2050 nanti, kita dah tak ada, tapi Najib masih berfikir untuk memenuhi keperluan anak cucu kita pada masa itu," katanya.