'Seronok design rumah sendiri, jimat dan puas hati' - Jurufoto ini kongsi cara dekorasi rumah sendiri dan elak pembaziran


Netizen puji usaha lelaki ini buat pengubahsuaian dan menghiasi rumahnya dengan idea dan designnya sendiri. Menurut jurufoto Fairus Khafiz, beliau tiada pengalaman dalam bidang interior design, tetapi hasil usahanya mempelajari ilmu berkenaan dari internet, akhirnya membuahkan hasil. 

Katanya, apa yang dilakukannya ini adalah lebih jimat, berbanding mengupah pihak luar untuk melakukannya. Sudahlah jimat, cantik pula hasilnya. Semoga bermanfaat.  

SAYA mengambil masa setahun untuk siapkan. Cuma tiga bulan kebelakangan ini saya fokus. Alhamdulillah, orang kata hendak seribu daya, tak mahu hendak seribu dalih. Puas hati kerja tangan sendiri dan bantuan rakan.

Saya bermula dengan draf mengunakan perisian 3D Sketch Up. Saya bina ruang rumah dalam perisian ini, bermula dengan wiring, pemilihan skema warna, kemudian shading dan lighting, pemilihan lampu, bulb etc. Saya membuat survey secara menyeluruh di laman web untuk mendapatkan tema "modern minimalist home decor".

Pemilihan flooring juga dibuat berdasarkan skema warna disambung dengan susun atur perabot. Saya masukkan semua detail ke dalam perisian Sketch Up dari sekecil sekecil suis, pilihan foto sehinggalah susun atur perabot. Saya mulakan dengan planning bagi memastikan pengunaan bajet adalah minimum. Senang cerita paling jimat.

Masalah bermula bila idea nak diterjemahkan kepada realiti. Saya bermula daripada survey kedai-kedai untuk mendapatkan harga termurah. Selain itu, setiap yang dibeli perlu mengikut idea dan perlu under budget Bukan mudah, sangat susah. Hampir ditipu dengan pembekal, barang tak sama masa dapat sebut harga dan macam-macam lagi. Paling frust bila barang tiada dan perlu alternatif lain. Minggu ini survey lampu, next week lighting dan seterusnya.

Bagi mengunakan bajet secara optimum, saya list barang agar tidak membazir atau terbuang. Ukuran perlu tepat. Contohnya untuk cat, saya akan buat pengiraaan berapa liter yang diperlukan. Begitu juga flooring, wiring, jubin bilik air dan lain-lain. Sebabnya semua barang ini dibeli oleh saya terus dari pembekal. Sebarang kesilapan adalah kesilapan saya sendiri.

Barang-barang dibeli mengikut fasa kerja yang akan dibuat. Disebabkan dah terbiasa dengan Microsoft Project saya pastikan planning dan bajet seiring. Saya bermula dengan wiring baru. Setiap wiring perlu diuji selepas dipasang, sebab lepas ini semua dah dalam dinding. Masa kerja-kerja hacking, beberapa kali dimarah dengan jiran sebab, saya buat hari minggu. Nak buat macam mana. Kerja diteruskan ke toilet, plaster ceiling dan penukaran pintu.

Kerja kerja di atas tak semua saya buat sendiri. Untuk plaster ceiling dan piping toilet saya perlukan bantuan. Begitu juga kerja-kerja memecah jubin toilet asal. Setelah siap kerja-kerja sebelum ini, pemasangan jubin toilet dilakukan. Kemudian saya mulakan proses melicinkan dinding untuk coloring. Ambil masa dan memenatkan.

Guru saya YouTube. Hahahaha. Macam mana pun banyak juga kesilapan yang saya buat. Contohnya saya terpaksa cat semula rumah disebabkan tersilap pengunaan cat primer. Benda basic pun boleh salah. Cat balik. Sakit badan jugalah buat kerja-kerja mengecat ini. Berapa banyak layers lah nak buat.

Setelah siap, ini masa yang saya paling suka, pasang lampu. Sebab masa ni, dah nampak bagaimana shading yang kita pilih akan naik. Sampai ambil cutilah. Bengang kalau ada short kat mana-mana wiring atau bulb rosak. Kena pergi kedai balik tukar. Then buat tiang pemisah. Playwood digabung digam. Untuk finishing, tampal dekat pelekat kayu.

Siap lighting, flooring pula. Ini pun ambil masa tiga hari sebab buka balik, sebab tak kemas. Baru belajar katanya. Saya gunakan Solid Hardwood untuk ruang tamu, bilik. Untuk Vinyl, saya gunakan di dapur dan kawasan hadapan tandas. Untuk pastikan skema warna adalah sama, sekali lagi saya guna Sketch Up. Saya dapatkan sample dan masukkan dalam 3D modeling.

Ok, seri dah naik. Masa untuk dekorasi. Saya mulakan dengan pemasangan bingkai gambar. Saya gunakan 32 photo yang saya ambil sendiri mengikut tema. Black and White, landscape view, people portrait, best photo, moment dan tribute. Nasib baik Fotokem bagi baucer printing, saya save dalam RM 600++ untuk printing. Bila dah siap, dah gantung, pasang lighting, cunlah. Suka sangat.

Seterusnya perabot, saya cuba untuk menerapkan modern minimalist home decor. Pengunaan perabot mesti ada nilai tambah pada ruang. Tidak perlu beli semua jika tidak digunakan. Lagipun rumah saya duduk sekarang dah banyak sangat barang. Nanti double perabot pula.

Pemilihan perabot juga telah dipilih semasa planning, dah saya terpaksa survey di IKEA untuk memastikan mengikut planning. Pemasangan perabot juga mengambil masa kerana ada yang perlu dipasang sendiri dan digantung. Contoh kitchen cabinet, tv cabinet, sink, toiler cabinet, mirror dan lain lain. Sekali lagi kena marah dengan jiran sebab buat bising masa drilling.

Then siap, masanya untuk sentuhan, langsir semua dibeli di Nilai 3, murah berbanding ambil upah atau di kedai home decor. Jauh beza. Saya sebenarnya tak suka langsir. Cuma ruang balkoni sahaja gunakan langsir. Yang lain gunakan birai. Lebih nampak ringkas dan modern.

Alhamdulillah, akhirnya siap juga. Mulanya macam tak percaya juga. Dalam hati, boleh juga aku buat benda benda ni semua dgn tangan 4 kerat ini. Kira boleh bertukang rupanya aku. Hahahahaha.

Bila kira-kira balik, saya dapat jimat yang amat sangat!! Ini kerana sebelum mula kerja, saya ada dapatkan sebutharga. Harga untuk ubah suai adalah 3 kali ganda dari apa yang saya belanjakan!! Semua resit saya simpan untuk track budget.

Lagi satu, kenapa saya ambil keputusan untuk buat sendiri, banyak kontraktor tak mahu ikut design yang saya buat. Katanya yang dicadangkan lebih cantik. Tp sebenarnya bila ikut kata kontraktor, kalau ada ribuan RM, semua boleh jadi. So, sebab dah frust, lebih baik buat sendiri.

Bila dah siap nampak awesome, masa nak buat Allah je tahu, macam macam cabaran


Bagi menambah luas ruang secara ilusi, saya pasang 8 cermin secara rapat. Ini untuk mendapatkan bentuk cermin berbingkai. Saya ada terfikir untuk pasang cermin besar terus, tapi memandangkan kesukaran dalam pengangkutan, so, saya teruskan dengan idea cermin dengan 8 pecahan. Lebih berbaloi dan mudah dipasang.

Setiap pintu saya cat dengan mengunakan cat kayu dari #Jotun dengan warna #Purewhite. Bermula dengan cat primer, disambung 3 kali dengan cat jenis kayu.

Untuk suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari #homepro mengunakkan silver color untuk tema modern dan minimal.

Terdapat 2 plaster ceiling, satu living room dan dining room. Kedua plaster cealing saya gunakan 4 biji light white lampu limpah dari Home Pro. Untuk shading, saya gunakan lampu putih LED.

Untuk dekorasi, saya dapatkan dari #kaison, #Daiso ataupun kedai RM 2.


Untuk tandas dalam bilik utama, kebanyakan kerja ini diserahkan pada yang pakar sebab saya takde peralatan. Lagipun, saya kurang yakin. Tapi walaubagaimana pun, semua barangan dalam tandas ni saya beli sendiri. 

Saya gunakan black stone untuk nampak mewah. Saya gunakan dari dinding sampai ke lantai. Lampu limpah light color untuk pencahayaan saya dapatkan di #homepro.

Kebanyakan barang, saya dapatkan di Home Pro kecuali cabinet mirror. Yang ini saya dapatkan di #Ikea model #lilangen. 

Untuk shading bawah cabinet mirror, saya dapatkan juga dari #ikea, model #ostana

Untuk suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari #homepro mengunakkan silver color untuk tema modern dan minimal.


Untuk dapur, saya dapatkan modular cabinet dari #ikea. Dicantum-cantum untuk dijadikan cabinet kitchen. Untuk barang seperti sinki etc saya dapatkan di kawasan #Puchong. 

Lampu saya gunakan dari Ikea model #Ranarp black color. Digantung rendah bagi nampak lebih fokus pada kabinet. Pilihan warna adalah hitam bagi membezakan warna kabinet yang putih. 2 lampu digunakan disusun hampir.

Untuk suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari #homepro mengunakkan silver color untuk tema modern dan minimal.

Untuk lantai dapur, saya guna 5 mm tebal #vinyl dengan corak #PioneerValley. Warna lebih gelap bagi kontra dengan warna kabinet dapur. Kawasan basah perlu dipasang jenis ini kerana tahan basah. Saya turun memasang dibahagian tandas. 

Untuk ruang masuk ke dapur, saya guna cat #Jotun Majestic Perfect Beuty Code #Nutmeg 1929. Untuk ceiling, saya gunakan #Bare 1391. Dapur basah diluar saya gunakan warna Nutmeg, lantai dibiarkan marmar asal.

Setiap bingkai pintu saya cat dengan mengunakan cat kayu dari Jotun dengan warna #purewhite. 3 lapis digunakan bagi nampak kemas dan berkilat.

Untuk suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari Homepro mengunakkan silver color untuk tema modern dan minimal.


Untuk dinning room, saya dapatkan meja makan dari #ikea model #bjursta. White color. Saya suka meja ni sebab boleh dikecilkan jadi 4 seater. 

Kerusi meja makan saya dapatkan di #lazada. Banyak kedai yang jual, tp nasib saya, masa saya beli, 4 biji dalam RM3++. Saya ada jumpa, kedai jual, sebiji, RM 374!!!

Untuk dining room, saya gunakan foto dengan tema "Best Picture". Gambar yang digunakan adalah gambar yang pernah menang dalam beberapa pertandingan. Gambar anak Bajau Laut meminta duit dalam hujan di tingkap hotel. Gambar ini diambil semasa saya di Mabul, Sabah.

Warna dinding saya gunakan #Jotun Majestic Perfect Beauty - #EveningSky Code 4168. Untuk ceiling dan dinding bukan utama, saya gunakan #Bare 1391.

Untuk frame, saya dapatkan dari Lazada. Saiz terdiri dari 12Rs. 3 lagi frame adalah karya dari pengukir dari Langkawi. Unik sangat. Saya dapatkan di Pusat Kraftangan Langkawi. Banyak benda menarik di situ.

Untuk lighting saya dapatkan dari Ikea, model #Ranarp white color. Saya letak betul betul ditengah meja makan. Untuk lampu ceiling saya dapatkan dari Home Pro warna light white. Untuk shading, saya gunakan LED white color dikeliling plaster ceiling. Untuk frame, saya gunakan lampu model #hektar dari Ikea.

Untuk flooring, Solid Hardwood dgn warna grey. #GlacierOak floors nampak timeless style and long-lasting beauty, with a modern industrial-inspired twist.

Saya gunakan tiang pemisah sebanyak 8 batang. Saya dapatkan di kawasan Klang. Untuk memisahkan dining room dengan living hall, saya gunakan storage bench dari Ikea, #Applaro. Saya simpan Toto, bantal etc jika ada yang nak tidur di living room.

Untuk kabinet TV, saya dapatkan dari Ikea model #besta. Dibeli secara berasingan dan dicantum menjadi tiga laci atas dan 3 laci bawah disangkut di atas dinding. White color.

Untuk menambah tampak moden, saya dapatkan floor lamp dari Ikea model Stockholm 2017. Tapi sampai hari ni takde mentol. Dah habis katanya.

Setiap pintu dan bingkai saya cat dengan mengunakan cat kayu dari Jotun dengan warna #purewhite. 3 lapis digunakan bagi nampak kemas dan berkilat.

Untuk suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari Homepro mengunakkan silver color untuk tema modern dan minimal.


Untuk bilik tidur ketiga, saya guna cat #Jotun Mejestic Perfect Beauty Code #SofisticatedBlue 4744 untuk main wall dan #Decoblue 4477 untuk wall lain dan ceiling. 

Lighting saya guna dari #Ikea model #Vidja untuk floor lamp dan #Svirvel untuk lampu ceiling. Bilik ni paling gelap sbb akan jadikan bilik teater untuk Audio dan Video.

Setiap pintu dan bingkai saya cat dengan mengunakan cat kayu dari #Jotun dengan warna #purewhite. 3 lapis digunakan bagi nampak kemas dan berkilat.

Untuk suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari #homepro mengunakkan silver color untuk tema modern dan minimal.

Untuk frame saya dapatkan dari Ikea, #Guldbodo. Saya gunakan gambar potrait semasa saya mengembara ke Shenzen, Kota Belud, Ho Chi Minh, Dhaka, Mekkah dan Siam Rep.

Untuk flooring, living room gunakan Solid Hardwood dgn warna brown. #AustinOak floors nampak tenang dan kemas untuk bilik tidur.

Untuk langsir, saya gunakan jenis #blind dari #Ikea model #tupplur


Untuk ruang pintu masuk, saya guna cat #Jotun Majestic Perfect Beauty Code #Persiankhaki 1623. Untuk ceiling saya gunakan #Bare 1391.

Untuk flooring, saya gunakan #SolidHardwood dgn warna grey. #GlacierOak floors nampak timeless style and long-lasting beauty, with a modern industrial-inspired twist.

Lighting saya guna dari #Ikea model #knappa untuk lampu ceiling. Utk suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari #homepro mengunakkan silver color untuk tema moden dan minimal.

Untuk frame saya dapatkan dari Ikea, #Gunnabo. Saya gunakan gambar landscape terbaik semasa saya mengembara ke Bandar Seri Bagawan, Pangkor Laut, Maldives, Mabul, Ranau, Frankfurt, Genting dan Kandy.

Setiap pintu dan bingkai saya cat dengan mengunakan cat kayu dari Jotun dengan warna #Purewhite. 3 lapis digunakan bagi nampak kemas dan berkilat.


Saya dapatkan sofa dari #ikea model #ekabol. White color. Saya suka sofa ni sebab ada para di bwahnya. Saya letakkan buku komik kesukaan saya dan beberapa buku yang saya sedang baca.

Langsir dijahit di #Nilai3, 10 kaki tutup balkoni dari atas ke bawah. 2 lapis. Satu plain silver shining dengan 80% penahan cahaya matahari dan white plain color untuk pencahayaan dari luar.

Untuk living room, saya gunakan foto dengan tema "Black and White". Gambar-gambar ini saya ambil dalam warna hitam putih sepanjang saya mengembara. Antara gambar yang saya gunakan, Sydney Harbour Bridge, Sydney Opera House, Taipei 101, Canton Tower, Brisbane, Downtown, Briekfield, Jørn Utzon Room, Lourve Museum, Paris Downtown Dan Songshan Cultural and Creative Park.

Warna dinding saya gunakan #Jotun Majestic Perfect Beauty - #EveningSky Code 4168. Untuk ceiling dan dinding bukan utama saya gunakan #Bare 1391. 

Untuk frame, saya dapatkan dari #Lazada. Saiz terdiri dari 5R, 12R dan 5' x 12'. Untuk lighting saya dapatkan dari Ikea, #Tigdig dengan lima poin cahaya, sedikit yellowish untuk shading. Untuk suis, saya gunakan dari #homepro dengan silver color.

Untuk naikkan warna, saya gunakan carpet berwarna kelabu model #vindum. Untuk flooring, bahagian living room saya gunakan Solid Hardwood dgn warna grey. #GlacierOak floors nampak timeless style and long-lasting beauty, with a modern industrial-inspired twist.


Untuk bilik tidur utama, saya gunakan warna pastel atau neutral bagi menaikkan mood relaxing. 

Katil saya dapatkan dari #ikea model #malm dengan pilihan warna #WhiteStainedOak ditambah 4 storages di bawah katil. Saya beli sekali meja sisi katil dari jenis corak kayu yang sama. Yang atas meja sisi katil tu eksprimen saya, guna bunga plastik dalam tabung lilin. Saja mencuba.

Warna dinding saya gunakan #Jotun Majestic Perfect Beauty - #persiankhaki Code 4168. Untuk ceiling dan wall bukan utama, saya gunakan #Washedlinen 1391.

Untuk lighting saya dapatkan dari Ikea, model #Alang dengan warna hitam. Untuk suis, saya gunakan dari Home Pro dengan silver color. Untuk lampu ceiling saya dapatkan dari Home Pro, dengan warna yellow white. Untuk shading, saya gunakan LED white color dikeliling plaster ceiling. Untuk frame, saya gunakan #hektar dari Ikea.

Saya dapatkan set frame ayat Al Quran dan jam dari #lazada.

Untuk flooring, living room gunakan Solid Hardwood dgn warna light brown. #cremamapple floors nampak sesuai dgn warna tanah yang cuba diketengahkan.

Setiap pintu dan bingkai saya cat dengan mengunakan cat kayu dari #Jotun dengan warna #purewhite. 3 lapis digunakan bagi nampak kemas dan berkilat.

Untuk suis lampu dan plug tiga poin, saya dapatkan dari #homepro mengunakkan silver color untuk tema modern dan minimal.


Untuk living room, saya gunakan foto dengan tema "Black and White". Gambar ini saya ambil dalam warna hitam putih sepanjang saya mengembara. Antara gambar yang saya gunakan, Sydney Harbour Bridge, Sydney Opera House, Taipei 101, Canton Tower, Brisbane, Downtown, Briekfield, Jørn Utzon Room, Lourve Museum, Paris Downtown Dan Songshan Cultural and Creative Park.

Warna dinding saya gunakan #Jotun Majestic Perfect Beauty - #EveningSky Code 4168.

Untuk frame, saya dapatkan dari #Lazada. Saiz terdiri dari 5R, 12R dan 5' x 12'. Untuk lighting saya dapatkan dari #Ikea, #Tigdig dengan lima poin cahaya. Untuk suis, saya gunakan dari #Homepro dengan silver color.


Untuk dinning room, saya dapatkan meja makan dari #ikea model #bjursta. White color. Saya suka meja ni sebab boleh dikecilkan jadi 4 seater. 

Kerusi meja makan saya dapatkan di #lazada. Banyak kedai jual dengan harga tinggi, tapi nasib saya, masa saya beli, 4 biji dalam RM3++. Saya ada jumpa, kedai jual, sebiji, RM 374!!!

Untuk dining room, saya gunakan foto dengan tema "Best Picture". Gambar yang yang saya ambil pada 2014 di Pulau Mabul. Gambar ini pernah menang dalam beberapa pertandingan. Gambar Anak Bajau Laut meminta duit dalam hujan di tingkap hotel. 

Warna dinding saya gunakan #Jotun Mejestic Perfect Beauty - #EveningSky Code 4168. Untuk ceiling dan dinding bukan utama, saya gunakan #Bare 1391.

Untuk frame, saya dapatkan dari #Lazada. Saiz terdiri dari 12Rs. 3 lagi frame adalah karya dari pengukir dari Langkawi. Unik sangat. 

Untuk lighting saya dapatkan dari #Ikea, model #Ranarp white color. Saya letak betul betul ditengah meja makan. Untuk suis, saya gunakan dari #homepro dengan silver color. Untuk lampu ceiling saya dapatkan dari #HomePro, dengan warna light white. Untuk shading, saya gunakan LED white color dikeliling plaster ceiling. Untuk frame, saya gunakan #hektar dari Ikea.

Untuk flooring, living room gunakan Solid Hardwood dgn warna grey. #GlacierOak floors nampak timeless style and long-lasting beauty, with a modern industrial-inspired twist.

Saya gunakan tiang pemisah sebanyak 8 batang. Saya dapatkan di kawasan Klang. Untuk memisahkan dining room dengan living hall, saya gunakan storage bench dari Ikea, #Applaro. Saya simpan Toto, bantal etc jika ada yang nak tidur di living room.

POST saya ini hanyalah cuma berkongsi keseronokan bertukang sendiri dari A sampai Z. Banyak benda saya belajar dan kesabaran adalah kunci untuk melakukan kerja macam ini. Sampai satu ketika, dalam hati kata "sudahlah, penatlah nak fikir. Baik buat benda lain" Tapi sikit-skit saya pujuk diri dan kerja pun jalan balik.

Lagi satu, terima kasih yang membantu. Kalau tak ada orang bantu, tak jalan juga. Terima kasih atas pinjaman tenaga dan masa. Terima kasih juga yang pinjamkan peralatan. Sayang semua

Yes!!!! Saya berjaya. Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Puas hati kerja tangan sendiri. Dari kosong rumah ini, sikit-sikit, Alhamdulillah, siap.

PS: Untuk info, saya bukan bekerja bahagian Interior Designer. Ini hanya hobi, di samping itu, saya pemain photography, boleh lawat hasil kerja saya di facebook.com/fairuskhafizphoto.

Sumber: Fairus Khafiz