'Terima kasih Hot FM!'

Loading...

Semalam stesen readio Hot FM memuat naik kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang merasa tersinggung dengan Panggilan Hangit terhadap Zairi Zainal.

Pagi ini, Zairi Zainal hadir ke segmen Geng Pagi Hot FM yang dikendalikan oleh penyampai Shuk, Fizie dan Issey. 

Dalam masa yang sama, Zairi berkesempatan memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku. 

"Saya nak clearkan something. Alhamdulillah. Untuk pengetahuan kawan-kawan di luar, saya, Shuk, Fizie, Issey dan juga Kamal Adli memang sudah berkawan lama. Cuma masa itu mereka mungkin tak tahu apa yang saya tengah buat. 

"Bukan tak tahu, mungkin mereka tak tahu details apa yang tengah saya buat. Saya harap tak ada lagi yang soksek-soksek di belakang. Sebab mereka semua kawan. Masing-masing tidak bersalah dalam hal ini," katanya. 




Hot FM juga menghadiahkan sebuah basikal untuk Zairi bagi meneruskan misinya menjelajah Semenanjung secara solo.

Sementara itu Zairi di Facebooknya juga memuat naik beberapa gambar seorang pemilik kedai Ciclista, Shahirudeen yang menaja beberapa helai baju dan seluar cycling untuknya.