(Video) 'Bang, okey tak bang? Aduh!'

Loading...

Viral video dua buah kereta yang dipandu laju sehingga menyebabkan salah sebuah kereta mengalami kemalangan. 

Dalam kejadian yang berlaku di Simpang Pelangai, Bentong, Pahang, dua pemandu berkenaan dipercayai berlumba. 

"Salam. Min, viralkan tentang perlumbaan kereta Saga dengan Iris. Lokasi Simpang Pelangai," kata netizen yang menghantar video kejadian itu kepada Oh! Media. 

Berdasarkan video dirakam rakan pemandu kereta Proton Iriz, kedua-dua kereta itu dipandu dengan laju. Apabila kereta mereka cuba memotong, malangnya kereta itu tidak memberikan ruang. 

Apabila tiba di satu selekoh, pemandu Saga berkenaan terbabas dan hampir melanggar seorang penunggang motosikal, sebelum menghentam tebing jalan di sebelah kanan menyebabkan kereta remuk teruk di bahagian hadapan.

Terkejut melihat kejadian itu, pemandu Iriz sempat bertanya tentang keadaan pemandu Saga terbabit. 




Sementara itu, netizen mengecam tindakan kedua-dua pihak yang ternyata melanggar peraturan jalan raya sehingga mengakibatkan kemalangan itu berlaku. 

"Adui. Masing-masing nak tunjuk hebat, kan dah mendapat. Fikir-fikirlah, itu jalan kampung dan banyak bahayanya. Nasib baik dia tak hentam kenderaan. Kalau tak, menyusahkan orang lain yang tidak bersalah." - Mohamad Nizam

"Bayangkan kalau ada motosikal, kereta atau pejalan kaki di sebelah kanan, nak kata apa? Korang nak bagi reason apa accident itu nanti? Kalau mati mangsa tu, bagaimana? 

"Tolonglah ada kesedaran sikit. Pengguna jalan raya yang lain juga bayar road tax. Jangan ingat jalan raya itu tempat untuk anda melepaskan geram atau ego nak tunjuk skill on road. Tak ada maknanya. Pihak polis wajar ambil tindakan ke atas kedua-dua pemandu ini." - Aswandi Andi