(Video) Rambut dan tangan kiri kanak-kanak perempuan tersangkut di eskalator

Loading...

Viral rakaman video seorang kanak-kanak perempuan menangis dan meraung kesakitan akibat rambut dan tangan kirinya tersangkut di eskalator. 

Dalam kejadian yang berlaku sebuah pusat beli-belah di bandar Davao, Filipina, mangsa berusia lingkungan enam tahun hanya mampu menangis, sementara lelaki yang dipercayai bapanya kelihatan cuba menenangkannya. 

Video yang dimuat naik Vannesa Padernal Baguio sejak jam 11 malam semalam telah ditonton 8.8 juta kali dan dikongsi 120,000 pengguna Facebook. 

Sementara itu di media sosial, netizen juga turut bersimpati dengan nasib kanak-kanak berkenaan, namun mempersoalkan mengapa tiada seorang pun yang datang menghulurkan gunting untuk melepaskan rambut mangsa terlebih dahulu. 


Tidak diketahui bagaimana keadaan mangsa. Ibu bapa di luar sana dinasihatkan sentiasa mengawasi anak masing-masing tidak kira anak lelaki atau anak perempuan dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya di eskalator.