'Yang tolonglah nyanyi lagu ini dengan Bie' - Aliff Syukri rayu isteri ganti Sajat

Loading...

"Bukan saya senyap, sebenarnya dah pernah minta banyak kali. Korang je yang tak tahu," demikian luah jutawan kosmetik, Dato' Aliff Syukri, mengulas mengenai respon netizen yang meminta isterinya, Shahida, menggantikan tempat Sajat. 

Meskipun video lagu Abang Nak Tegur menerima banyak dislike, 240,823, dalam masa yang sama turut menerima 31,948 dan video itu telah ditonton 2,661,854 kali. 


"Puas dah pujuk, tak tahu nak pujuk macam mana dah nak suruh Shahida feat lagu 'Abang Nak Tegur'. Kalau boleh, nak suruh dia datang ke Spain," katanya. 

"Yang, tolonglah yang. Bie dah tak tahulah, pening kepala. Dahlah buat kerja penat-penat, shooting sana sini, video di YouTube tu orang asyik dislike je. 

"Aku dah penat dah susah-susah nyanyi pergi ke Spain, tapi orang tekan dislike. Minta tolong, tolonglah nyanyi lagu ini dengan Bie. Tak tahu apa masalah dengan diorang. 

"Tolonglah yang. Entahlah, kita dah spent banyak, berjuta-juta tapi impak tak ada dan orang dislike," katanya dalam video tersebut. 



Sementara itu, Datin Shahida pula berkata, dia akan mempertimbangkan rayuan suaminya itu.

"Pandai tau dia guna Lisa Surihani untuk pujuk saya. Nasib baik Lisa comel. Nanti kita fikir-fikirkan dulu ya, nak nyanyi ke tidak," katanya.