'Ajar anak kemas mainan, jangan ajar anak takut apa-apa' - Tips dari pengalaman 3 tahun menjadi ibu

Loading...

Tips ini dikutip dari pengalaman menjadi ibu selama tiga tahun.

1. Jangan makan maggi di depan anak.

2. Jangan bagi anak kenal YouTube. Download saja, biar dia tengok video yang ada dalam galeri telefon bimbit kita. Kalau tak bagi handphone langsung, nanti anak ketinggalan pula. Sekat apa yang boleh disekat. 

3. Letak pen, pensil, krayon tempat tinggi. Jangan sepah-sepah. 

4. Seminggu sekali saja dapat makan aiskrim, coklat, sumi/puding. Gula-gula jangan bagi langsung. Jangan tak tahu, penyebab anak tantrum pun iya juga gula ini. 

5. Nak mandi ke, nak solat ke, atau nak pergi kerja atau ke mana-mana kena beritahu dia. Kalau dari kecil lagi ajarkan cakap "Babai, ummi nak mandi kejap. Tunggu kejap okey?". Walaupun dia kecil, dia faham. Dia menangis itu biasa. Lama kelamaan biasalah tu. 

6. Ajar anak kemas mainan sebelum nak tidur atau sebelum ajak keluar jalan-jalan. 

7. Segala rak yang simpan pisau, barang kaca, peti ais, rak baju kalau boleh kunci. Beli benda seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Ada dijual di Mr DIY. 




8. TV kalau boleh gantungkan di dinding. Letak atas kabinet TV itu boleh jatuh pecah. TV saya pernah pecah sebab anak panjang kabinet itu. Saya taip ini pun dalam keadaan redha saja. 

9. Anak bangun tidur, bagi salam pada dia dan peluk dia. Tanya-tanya tadi tidur mimpi apa? Borak-borak walaupun macam cakap seorang diri. Kawan saya sampai besar anak dia bangun tidur saja akan beri salam pada ibu dan bapanya. Bagus kan? 

10. Jangan ajar anak takut apa-apa, jangan sebut pun perkataan momok, hantu, kucing gigit dan sebagainya. Takut Allah dengan takut bila ummi bertukar menjadi Hulk itu tak apa. Hehe. 

Semoga bermanfaat. Nak bagi si kecil bijaksana bakal ustaz ini tidur.