'Beri kami ruang untuk selesaikan perkara ini dulu' - Datin Diana Danielle


Datin Diana Danielle, 26, meminta mereka diberikan ruang untuk menyelesaikan perkara itu terlebih dahulu sebelum memberi sebarang kenyataan kepada media berhubung penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil, petang tadi. 

"Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan memberi sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih," katanya. 

Ibunya Norsiah Ramli, juga tidak mengetahui penahanan menantunya itu dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu. 

"Saya terkejut mengetahui berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan oleh rakan media. 

"Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri," katanya. 

Dalam laporan media tempatan, Farid Kami didakwa telah menampar seorang anggota polis trafik di Kota Damansara, Petaling Jaya, selain dua orang awam turut ditendang pelakon terbabit. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

"Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan whatsapp 300 artis hutang ah long.

“Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi,” katanya. 

Sumber: Harian Metro