'Bila depa (boss) tak boleh pulun kita, depa rate kita as tak perform'


"When you are sick, first week we pity you. Second week still sick, you are the useless people," demikian reaksi netizen pada status viral seorang lelaki yang berkongsi pendapatnya mengenai realiti kehidupan seorang kuli. 

Meskipun bukan semua majikan/syarikat seperti itu, namun hakikatnya perkara sebegini memang berlaku. Bekerjalah seteruk mana pun dengan niat mahu memberikan yang terbaik, namun balasannya anda tetap kuli yang perlu dipulun sehabis boleh atas alasan sudah dibayar gaji untuk bekerja dengan mereka. 

Apabila pekerja jatuh sakit, tiada sesiapa yang peduli. Lebih teruk lagi jika 'si kuli' itu dituduh sengaja buat-buat sakit kononnya malas. Akibatnya? Si kuli terus dilabel sebagai kakitangan yang tidak memberikan prestasi pekerjaan yang sepatutnya. 

BILA kita sakit, mana ada boss-boss tempat kerja nak teman atau tanya khabar. Yang depa tahu, nak kita pulun kerja. Bila tak boleh pulun atau tak boleh ikut rentak depa, depa rate kita as tak perform. 

Hello! Sakit-sakit aku ni, aku tanggung seorang diri. Bukan macam ampa, dok bagi sakit hati orang bawah ampa je (ingat segala doa orang-orang yang ampa sakiti). Tak jadi kat hang, tapi boleh jadi pada anak-anak hang. 

P/S: Moral of the story, janganlah dok pulun sangat untuk syarikat yang ampa makan gaji je pun. Sebab percayalah, depa tak akan pulun untuk hang bila hang perlukan depa. Hang mampuih pun, depa tak kisah ah. Sebab 'people can be replace'. 

Sumber: Daniel Koay


Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen tidak menafikan perkara ini berlaku namun mungkin kerana pengalaman lalu menyebabkan majikan berhati-hati dan lebih tegas dengan kakitangannya. 

"Boss membina team, team menaikkan syarikat. Ingat senang ke nak bina team ni? Ada orang itu, gaji nak, kerja malas. Datang lewat, kerja ikut mood. Susah nak cari pekerja yang sesuai. Boss kena manage dan bina team dan cari job. Itu pun dah sakit kepala dari staff, tahu tak? Staff boleh ke cari job and manage?" - Mr G