'Dia idola saya sebab dia dah boleh halalkan saya dengan hasil usaha titik peluhnya sendiri' - Kisah pasangan kahwin muda ini buat netizen kagum

Loading...

Viral di Twitter kisah satu pasangan berkahwin di usia muda membuatkan netizen kagum dengan kesungguhan kedua-dua pengantin baru itu. Mana tidaknya, pengantin lelaki yang berusia 18 tahun sudah mampu berkahwin dengan gadis pilihannya hanya dengan menggunakan hasil titik peluhnya sendiri. 

Difahamkan, masing-masing sebenarnya sudah lama menaruh hati tetapi tidak berani meluahkan perasaan masing-masing kerana bimbang bertepuk sebelah tangan. Tatkala si gadis baru hendak berputus asa dan membuka buku baru, jodohnya itu datang tepat pada masanya. Dan inilah kisah mereka, yang menjadi bualan netizen di Twitter.  

RAMAI yang tak tahu sebenarnya umur Nadya baru 17 tahun. Takdir Allah itu sungguh indah, siapa sangka kami berkawan dan menaruh hati dalam diam dan akhirnya kedua-dua berpisah selama dua tahun. 

Tetapi perancangan Allah itu lebih hebat. Kita sayang seseorang selama dua tahun dan hanya simpan namanya dalam hati. Hari ini Allah tentukan dialah yang menjadi suami dan peneman hati sampai mati. 

Sampai sekarang masih lagi tak percaya. Orang yang pernah kita berharap untuk mencintai suatu masa dulu, telah menjadi milik kita pada hari ini. Siapa tak suka dapat berkahwin dengan crush sendiri. Suka sama suka dalam diam pula tu. 

Walaupun kita suka seseorang dalam diam, tak perlu confess pun tak apa. Doakan yang terbaik. Kalau sudah tertulis dia adalah jodoh kita, kita terima dengan hati terbuka. Allah itu Maha Mendengar dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Alhamdulillah, muka yang tersenyum bahagia inilah yang banyak menyimpan duka selama bertahun dan akhirnya Allah gantikan dengan kegembiraan.

Dulu Nadya pernah berputus asa sebab orang yang kita cinta tak pernah tahu yang kita sukakan dia. Dua tahun kemudian, dia sendiri yang datang kat kita untuk melamar. Thank you Allah. 

Nadya dan Khai kenal sejak 2015. Kitorang just contact as a member. Nadya pun tak tahu dia ada hati dengan Nadya. Disebabkan kedua-duanya malu nak meluahkan perasaan. Kemudian perasaan itu berlalu begitu sahaja selama dua tahun. 

Selama tempoh itulah Nadya ada juga stalk Khai, tetapi tak pernah nak confess sebab malu. Akhirnya rasa dah macam berputus asa dan nak buka terus buku baru. 

Khai buat bussines, dunia ini kecil sangat. Dia WhatsApp Nadya setiap bulan tanya nak ke tak dia ajar nak buat bussiness ke tak. Kalaulah Nadya tahu yang WhatsApp itu adalah Khai, dah lama hati berbunga. Tetapi disebabkan masa itu tak minat nak buat bussines, so abaikan saja WhatsApp itu. 

Sehingga satu masa, terasa nak stalk gambar profile WhatsApp dia. Hati berdebar-debar sebab rupa-rupanya orang yang aku tunggu selama dua tahun tiba-tiba WhatsApp. 

Then kitorang bertemu di satu tempat sebab kebetulan Nadya baru habis job makeup di Bangi. Bangi itu pula tempat tinggal Khai. Nampak tak macam mana jodoh itu nak bertemu masa awal-awla dulu. 

Kitorang rasa awkward tau sebab masing-masing dah besar. Then tanya tentang life. Masa nak balik itu tiba-tiba Khai confess yang selama ini dia menyimpan perasaan pada Nadya. Tak tahu nak jual mahal ke apa sebab takut melepas. So Nadya pun slow talk dengan Khai. 

"Kau jumpa mama aku dulu. Kau ambil hati dia. Kalau kau pandai ambil hati mama, maknanya kau memang akan jaga hati aku dan sayang aku sampai mati," Nadya kata pada Khai. 

Khai punya gembira, malam itu sampai rasa nak jumpa mama Nadya esoknya juga. Hahaha! 



Apa yang Nadya tertarik dengan Khai ini sebab masa kitorang berjumpa pada malam itu, dia terus cakap nak halalkan Nadya. Dia kata, hasil usaha bussines dia selama ini akan jadi lebih bermakna kalau dia gunakan untuk majlis akad nikah Nadya dengan dia. Nadya terharu sangat pada malam itu. 

Malam itu juga selepas bertemu dengan Khai, Nadya ceritakan segala-galanya kepada mama. Mama cakap, inshaAllah mama dapat rasa dia lelaki yang baik. Masa itu juga rasa dunia ini terbalik sebab happy sangat. 

Selepas Khai jumpa mama, then kitorang semua dah rapat bagaikan keluarga bahagia. Khai inilah satu-satunya idola Nadya sebab dialah yang menaikkan semangat Nadya yang ajar supaya jadi seorang yang berjaya dalam usia yang muda. 

Jatuh bangun kitorang dalam bussines hanya Allah yang tahu. Macam mana kitorang balik lambat sampai jam tiga pagi sebab berjumpa dengan client. Bila bussines perlahan sikit, sama-sama ikat perut, menangis senyum bersama-sama. Duduk di kedai mamak sambil berfikir bersama-sama macam mana nak berjaya. 

Nadya pula SPM so struggle macam-macam dalam satu masa. Nak fokuskan belajar dan bussines. Tetapi Alhamdulillah dapat bahagikan masa berkat tunjuk ajar Khai. 

Kalau dapat pasangan yang memahami, yang selalu sabar melayan karenah kita, jangan sia-siakan. Hargai setiap masa yang berharga dengan pasangan kita. Kerana satu yang datang takkan sama dengan seribu yang lain. 

Tak lama kemudian, kitorang ambil keputusan untuk bertunang. Tetapi bila fikir balik rasa macam membazir, so benda yang baik tak perlu ditangguhkan, jadi kami pun bersetuju untuk bernikah. Atas persetujuan parents Nadya dan Khai, kami pilih buat akad nikah dulu. Tahun depan majlis resepsi. 

I'm 17 and officially married! Alhamdulillah, thank you Allah. Tak sangka Nadya dah kahwin hehe!





Ramai yang tanya husband umur berapa. Sebenarnya Khai baru berumur 18 tahun. Tetapi dia memang idola Nadya sebab dia dah boleh menghalalkan Nadya menggunakan hasil usaha titik peluhnya sendiri. 

Khai selalu berpesan, masa muda ini jangan banyak berfikir untuk enjoy. Kita muda banyak tenaga, gunakan tenaga yang Allah beri untuk mencari rezeki. Biar susah sekarang, jangan susah kemudian. Yang penting jaga solat, jaga hubungan dengan ibu ayah dan orang sekeliling. 

Sumber: Nadya
Photographer: Asyraf Musa