Diana nafi dakwaan adik ipar kononnya suaminya sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya

Loading...

Terdahulu, adik Datuk Farid Kamil, Fadzil Bahari Zahari, 34, berkata dia tidak menolak kemungkinan abangnya mengalami tekanan perasaan kerana sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya sehingga terpaksa mengambil ganja. 

Menurut Fadzli, tiga hari sebelum abangnya ditahan, mereka ada bertemu dan Farid ada memaklumkan bahawa dia terlalu merindui Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3. 

"Dia kelihatan murung, namun saya tidak sangka dia bertindak sedemikian. Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawanya berjumpa dengan doktor pakar," katanya. 

Bagaimanapun, isteri Farid, Datin Diana Danielle, menafikan kenyataan adik iparnya itu. 

"Farid dikatakan tertekan sebab tak dapat jumpa anak, tidak benar. Kenyataan Fadzil itu tidak betul sama sekali. Suami masih berjumpa anak," katanya.

Diana juga tidak pernah mengeluarkan arahan melarang Farid mendekati anak mereka.

"Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu. Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya, iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu," katanya. 



Apabila ditanya mengenai penjagaan anak mereka, Diana enggan mengulas lanjut kerana soalan itu dikatakan tiada kena mengena dengan kes suaminya. 

"Terima kasih kerana memberi saya dan keluarga ruang privasi. Sebarang komen tidak dapat menyelesaikan apa yang sudah terjadi," katanya yang turut mengatakan tiada sebarang sidang media atau kenyataan rasmi yang akan dibuat sejurus suaminya dibebaskan dari tahanan reman Isnin depan.

Dalam perkembangan terbaru, tersebar video Bigo Live Farid bersama dengan Sofi Jikan yang sedang berkongsi mengenai filem-filem dan drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Difahamkan, video berkenaan dirakam beberapa jam sebelum kejadian Farid ditahan kerana menampar anggota polis serta menendang dua orang awam. 



BERITA BERKAITAN:
  1. Pelakon bergelar 'Datuk' tampar anggota polis trafik, ditahan
  2. 'Beri kami ruang untuk selesaikan perkara ini dulu' - Datin Diana Danielle
  3. Positif dadah jenis ganja
  4. 'Dia mulai berkelakuan aneh dan tiba-tiba lempang saya'
  5. 'Berhenti kecam Farid Kamil, tunggu dia keluar dan beri keterangan' - Sofi Jikan
  6. Farid direman 4 hari