Farid Kamil ditahan reman sehari lagi

Loading...

Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil ditahan reman sehari lagi. Sebelum ini dia telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung empat kes jenayah termasuk menampar anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Khamis lalu.

Farid Kamil yang tiba di mahkamah pada jam 11.30 pagi tadi untuk prosiding reman di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, berpakaian kelabu dan kelihatan tenang dan biasa serta sempat bersalam dengan beberapa individu yang dikenali.

Turut kelihatan, pelakon, Azad Jasmin dan Azahan Rani hadir memberi sokongan.
Dalam laporan Kosmo sebelum ini, Farid Kamil dikatakan berhalusinasi selama beberapa hari dalam lokap dan dipercayai akibat mengambil dadah new psyhchoactive substance (NPS), sejenis dadah baru.

Portal berita berkenaan yang memetik sumber polis berkata, "Namun selepas beberapa hari berada dalam lokap balai polis Damansara, keadaan emosi Farid masih tidak stabil menyebabkan kita mengesyaki kemungkinan tinggi pelakon itu mengambil dadah NPS.

"Dadah NPS merupakan dadah baharu yang semua orang tahu pengambilannya gagal dikesan melalui ujian air kencing," kata sumber.

Sumber itu berkata polis sedang meneliti kemungkinan tersebut dan menyiasat lokasi bekalan dadah tersebut diperoleh.

NPS sejenis bahan kimia dalam bentuk cecair dan serbuk yang dijadikan dadah baru dengan kesan lebih kuat dan menjadikan penagih bagai “mayat hidup” atau zombi.

BERITA BERKAITAN:
  1. Pelakon bergelar 'Datuk' tampar anggota polis trafik, ditahan
  2. 'Beri kami ruang untuk selesaikan perkara ini dulu' - Datin Diana Danielle
  3. Positif dadah jenis ganja
  4. 'Dia mulai berkelakuan aneh dan tiba-tiba lempang saya'
  5. 'Berhenti kecam Farid Kamil, tunggu dia keluar dan beri keterangan' - Sofi Jikan
  6. Farid direman 4 hari
  7. Diana nafi dakwaan adik ipar kononnya suaminya sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya
  8. 'Kenapa dia tampar saya?' - King ditampar sehari sebelum Farid ditahan polis
  9. 'My husband has never ever, not even once, been physical towards me' - Diana