'First time dengar beruk gayat' - Netizen

Loading...

Seekor beruk jantan milik warga emas dikenali sebagai Pak Lah, tersangkut di atas sebatang pokok kelapa setinggi 12 meter. 

Dalam kejadian jam 3 petang semalam di Kampung Alor Bakat, Ketereh, Kelantan, beruk terbabit tersangkut selama 40 minit sebelum diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh. 

Bomba mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menurunkan haiwan berkenaan yang tersangkut ketika memetik kelapa sebelum diserahkan kepada pemiliknya. 




Sementara itu di media sosial, netizen bagaikan tidak percaya kejadian seperti itu boleh berlaku dan menganggap kejadian itu melucukan. 

"First time baca beruk gayat, hahaha!" - Farah Azizan. 

"Ni la dia bila ibu bapa sekarang manjakan anak dengan gajet. Memalukan kaum beruk betul!" - Akram.

"Macamlah beruk tu baca tweet ni hahaha!" - Maizatul Riana.


Sumber: Astro Awani